CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Suntik Heroin Agar Anak-anak Tidur Nyenyak

3-11-2021 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2952| Komen: 3

Seorang kanak-kanak terpaksa melalui malam-malam tanpa tidur nyenyak kerana bimbang tiga adiknya berkemungkinan meninggal dunia akibat disuntik heroin oleh ibu bapa mereka sendiri, lapor Daily Star.


Empat beradik dari barat laut England yang mempunyai ibu bapa penagih dadah itu hidup dalam kekeliruan dan ketakutan setelah sering menyaksikan keganasan rumah tangga, cubaan membunuh diri dan penyalahgunaan dadah oleh ibu bapa mereka.


Kredit foto: Getty

Kanak-kanak tersebut, Ava dan tiga adiknya, Chloe, Harper, dan Lucas (bukan nama sebenar) kini berada di bawah pelan perlindungan kanak-kanak dan perkhidmatan sosial sejak 2018 kerana diabaikan ibu bapa mereka.


Penasihat perlindungan bebas, Amanda Clarke yang menulis laporan tersebut memaklumkan bahawa kes mula dibuktikan setelah salah seorang mangsa didapati mempunyai kesan lebam akibat suntikan di pahanya.

"Ava mengadu tidak dapat tidur kerana bimbang adik-adiknya meninggal dunia ketika bangun tidur selepas diberi suntikan dadah untuk ‘menidurkan mereka’.

"Ibu bapanya juga didapati lebih mengutamakan bekalan dadah daripada menjaga kebajikan anak-anak mereka," kata Clarke.


Gambar hiasan

Hak penjagaan anak kedua-dua pasangan itu telah ditarik balik. Ava menyatakan bahawa dia lebih rela diletakkan di bawah pusat penjagaan daripada pulang ke rumah dan menyaksikan ibu bapanya mengambil dadah dan cuba membunuh diri.


Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 4-11-2021 05:32 PM
Sebab tu aku percaya ada manusia yg tak layak utk jadi mak bapa.. Dan hbgn kekeluargaan tak semestinya related by DNA. [em:23:][em:23:]

Dan mak bapa tak guna + dari neraka dtg dari pelbagai latarbelakang dan juga bangsa
Quote chazey 4-11-2021 11:18 PM
Adakah Manak the Pug dibesarkan oleh mak bapak loser sebegini?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.051624 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top