CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diana Danielle Bengang Wanita Twitter Tuduh Allahyarham Zulfarhan Osman Punca Kejadian Buli

5-11-2021 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8562| Komen: 82

Status seorang netizen di Twitter melemparkan kata-kata negatif terhadap Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkainain yang meninggal dunia akibat dibuli empat tahun lalu mengundang kemarahan aktres Diana Danielle.


Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 30, berkata, individu itu tidak sepatutnya berpihak kepada pembuli berkenaan lebih-lebih lagi apabila semua mereka sudahpun dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

Foto: IG


"Akaun Twitter dia sudah tiada tapi kenyataannya buat saya menggigil. Ia sangat membimbangkan apabila ada orang seperti dia boleh berpihak kepada pembuli dan penindas!

"Undang-undang sudah dilaksanakan dan semua mereka akan menjalani hukuman. Kami tidak perlukan pendapat anda," tegas Diana.

Terdahulu, Diana memuat naik status seorang individu dipercayai seorang wanita menuduh Allahyarham menjadi punca kejadian itu berlaku.

​"Kau tak nak tanya apa punca semua ini? Kau tak nak tahu perangai arwah macam mana sampai boleh jadi macam ini?" tulis individu tersebut.



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa memerintahkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas tuduhan mencederakan tanpa niat membunuh terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkainain, empat tahun lalu.

Lima daripada enam tertuduh dikehendaki menjalani hukuman penjara tiga tahun atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Sementara itu, mahkamah juga menjatuhi hukuman penjara tiga tahun terhadap 12 yang lain yang sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba.



Dalam pada itu, pelakon drama siri GANJIL ini berharap budaya membuli di institusi dapat dihentikan kerana bimbang nasib anak-anaknya di masa hadapan.

"Keadilan untuk Zulfarhan. Hentikan budaya membuli di institusi! Membina jati diri tak ada kena mengena dengan membuli.

"Sudah banyak kali kes buli sehingga menyebabkan kematian. Jadi, macam mana saya nak terus berdiam diri? Saya juga mempunyai anak-anak," kata Diana. -CARI

Sumbwr: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 5-11-2021 11:46 AM
pelik haku yg bekap pembuli tu. ouhh lupa brotherhood kuattt. pmpn yg tweet tu katanya gf slh sorang okt. dah mcm tu pon kau hadap lagi ek nak berlakikan okt
Quote -Suri- 5-11-2021 11:53 AM
Pompuan yg twit ni gf salah sorg pembunuh
Quote dudaberhias 5-11-2021 11:53 AM
mizruncing replied at 5-11-2021 11:46 AM
pelik haku yg bekap pembuli tu. ouhh lupa brotherhood kuattt. pmpn yg tweet tu katanya gf slh sorang ...

oooo patut la gigih sheols membekap... rupanya salah sorang pembuli tu yang tolong serviskan che pit heshe dari bersawang... choiii... menyampahnya cikki2 garit ni... nanti kena tinggal gigih la baru nak uturn...
Quote Whitepinkrider 5-11-2021 11:56 AM
Ape pun kesalahan Zulfarhan tu, maafkan je lah. kte pn x tau betul ke idok dia ambil laptop tu. takde proof kot, based on ape okt ckp kat kau kak... yg tau korang2 pembuli yg buli & sebabkan kematian tu. giler ape 90% burn wounds steam iron kat badan arwah kot. mmg takde hati perut sungguh pd yg buat.
Quote dudaberhias 5-11-2021 12:04 PM
untuk kes ni... even kalau farhan tu jahat sekalipun.. maybe bukan sebab laptop saja mesti ada benda lain personal yang trigger kelakukan2 pembuli...

tapi takde la sampai tahap heolss patut di seksa sampai kena seterika separuh masak... nilai nyawa orang tak semurah laptop tu dik oii...

takat kau nak luku sikit2 boleh lerr kalau betul dia salah... ni sampai mati orang tu... dan iols rasa yang buli tu lagi busukkk dan hitam hatinya sampai tergamak nak seksa orang.... takkan masa kena seterika tu dia duduk diam2 je mesti la meronta2 kesakitan... tapi boleh pulak deorang teruskan lagi macam takde hati perut...

iols nak siang ikan pun takut ok... apatah lagi terpijak katak atau apa2 binatang kecik..
Quote Cik_jantung 5-11-2021 12:08 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 03:26 PM

...........
Quote mizruncing 5-11-2021 12:12 PM
dudaberhias replied at 5-11-2021 12:04 PM
untuk kes ni... even kalau farhan tu jahat sekalipun.. maybe bukan sebab laptop saja mesti ada benda ...

kenssss. seteruk arwah pon x layak diperlakukan mcm tu. dah la si akmal tu antara yg rapat dgn arwah, byk pic dia ngn arwah dlu. sanggup plak dia buat arwah gitu. sblm kejadian buli arwah tu pn elok je dorang join pertandingan lumba lari ke ape siang tu. mmg nampak mcm takde pape. sekelip mata tiba2 arwah boleh jadi mcm tu smpai meninggal
Quote mizruncing 5-11-2021 12:14 PM
Cik_jantung replied at 5-11-2021 12:08 PM
Buat Malu je pempuan yg tweet ni... Elok adik2 ko kena buli satu ari nnti padan muka ko...  Klu dah  ...

bebajet sangat tgk video dia kat live yg mntk maaf tu. kau yg triggered pas tu nak kata netizen bukan2 plak. klu kau tau sgt citer sbnr pegi la jadi saksi
Quote Delifrance 5-11-2021 12:14 PM
Bakal cikgu pompuan ni. Nasib ko la kena kecam berjemaah. Sapa suh bg statement gedik
Quote Fly_over 5-11-2021 12:22 PM
sebab tu pmpn ni jadi gf pembunuh. perangai sah2 x semenggah mcm pmbunuh jgk. apa la pendapat famili pmpn ni ank dia bekap pbunuh pastu kena kecam. boleh restu ke ank dia kawen dgn pbunuh ni nanti. skrg pn dah cukup setia 4thn bf dlm cel.
Quote NurAlia14 5-11-2021 12:24 PM
Delifrance replied at 5-11-2021 12:14 PM
Bakal cikgu pompuan ni. Nasib ko la kena kecam berjemaah. Sapa suh bg statement gedik

Xyah jd cikgu la mcm ni bahaya utk ank murid..x leh beza mane btl mane slh..ikut emosi sbb gf okt jah..esok2 kt ank murid pn main ikut emosi
Quote Fly_over 5-11-2021 12:25 PM
Edited by Fly_over at 5-11-2021 04:59 PM

iols rasa arwah ni mmg sejenis mangsa. org tengok dia mcm nerd, lemah. timbul rasa org nk buli, nk sisih dia. bila mangsa ni cuba nk blend dgn ‘kwn2’, ‘kwn2’ rasa annoying. amek gmbr pn bole tepi2 je.
Quote Fly_over 5-11-2021 12:30 PM
ada nampak kt tiktok kawan arwah cerita arwah ni baik. nmpk org tidur tak berbantal nanti dia angkatkan kepala letakkan bantal.
Quote apedehal 5-11-2021 12:37 PM
Ko dah knp setiap post retis kat ig mst nk kna masuk gosip ke
Quote Normabaru 5-11-2021 12:46 PM
dudaberhias replied at 5-11-2021 02:04 PM
untuk kes ni... even kalau farhan tu jahat sekalipun.. maybe bukan sebab laptop saja mesti ada benda ...

agreed..two wrongs doesnt make any rights
sah2 didikn bmula dr rumah..

klu betul arwah tu buruk laku,parent dia xkn blh tetibe ckp dh maafkn semua yg buli n bunuh ank dia

msti reply dia mcm acik lisdawati kertu yg xmaafkn netz kutuk laki gatal dia tu
ps:eh duda check dm pls..



Quote Normabaru 5-11-2021 12:50 PM
Fly_over replied at 5-11-2021 02:25 PM
iols rasa arwah ni mmg sejenis mangsa. org tengok dia mcm nerd, lemah. timbul rasa org nk buli, nk s ...

tgk part dia xcomplain masa jumpa doktor n suruh kwn dia sapu ubat masa dia tidur pon dh tahu jenis bdk lagu mana perangai..

klu buruk laku..awal2 dia dh hantar gambar kt parents dia kot..suh serang pihak sekolah biar semua kena gantung sekolah!

lagi mau bising minah sxndal tu..
Quote Normabaru 5-11-2021 12:54 PM
Edited by Normabaru at 5-11-2021 02:56 PM
mizruncing replied at 5-11-2021 02:14 PM
bebajet sangat tgk video dia kat live yg mntk maaf tu. kau yg triggered pas tu nak kata netizen bu ...

xkesian dgn nasib arwah xpela..nk buat cmne..dh mmg ada jenis org xde perasaan empati yg tinggi..kita fhm ok je..tp siap pitenah org yg dah meninggal siap gigih post sana sini tu dh kenapa gila?

merangkak la ko kt akhirat kelak cari arwah nk minta amponnn

dik..bak sini link video mintak maaf tu..kaka nk tgk...
Quote MsCinderella 5-11-2021 01:00 PM
apedehal replied at 5-11-2021 12:37 PM
Ko dah knp setiap post retis kat ig mst nk kna masuk gosip ke

tu skop kerja dia org..

maybe depa igt kita ni x ada baca IG artis ka apa...

kah kah kah
Quote airmineral 5-11-2021 01:09 PM
aku xtau la pompuan ni nnt mcmn...kalau kawen dpt laki jenis salah sikit naik tangan kaki pastu seterika badan di baru dia nak sedar diri agaknye.

90x kena tekap seterika tu mmg perbuatan menyeksa dan mustahil budak University xtau bahaya wap dan seterika tu..xkan benak sangat? ytjt? birah sgt mulut ko dekkkk ish marah betul aku dgn pompuan ni
dia xrasa kena buli tahap mcmtu, sedap mulut je cakap.

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.184532 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top