CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dulu Berjerawat, Sekarang Aliff Iskandar Semakin Kacak

5-11-2021 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4450| Komen: 24

Pertama kali bertemu dengan penyanyi muda yang popular menerusi single Perit sekitar penghujung tahun lalu, kulit wajah pemilik nama pentas, Aliff Iskandar ini kelihatan agak ‘rosak’.


Tiada niat untuk mencela, namun penampilannya pada ketika itu kurang bersedia, jerawat batu terutama pada bahagian pipi barangkali menurunkan sedikit keyakinan dirinya, sementelah lagi, siapalah Aliff Iskandar, sekadar artis baharu naungan Indigital Music.

Masa bergulir, bertemu sekali lagi di majlis keraian Indigital Music di D’Empangan Udang Galah, Presint 5, Putrajaya, baru-baru ini, Aliff seperti jauh berbeza.

Foto: IG

Penampilannya lebih menyakinkan, kulit wajahnya semakin bersih dan licin. Ujar penyanyi berusia 21 tahun itu, dia mengakui jika sebelum ini memang dia mempunyai masalah kulit berjerawat yang agak kronik akibat sering berdepan tekanan.


“Saya mempunyai masalah kulit berjerawat sekitar tahun lalu.

“Seperti semua sedia maklum, saya merupakan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pendidikan Muzik di Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.

“Pada masa sama juga bergelar penyanyi. Jadi, perkara itu memberi tekanan tidak terkawal kepada saya,” jelasnya.



Ujar penyanyi kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu lagi, tekanan yang dialami turut menjejaskan gaya, pemakanan dan tidur yang tidak sempurna.

“Kesannya, jerawat tumbuh dengan banyak pada wajah kulit saya,” kata Aliff.

Sedar jika keadaan sebegitu boleh menjejaskan dirinya sendiri, Aliff tekad mengubah gaya hidup terutama, soal pengurusan masa antara belajar dan juga berkerjaya.

“Alhamdulillah, sekarang saya dapat atur masa dengan baik dan amalkan gaya hidup yang lebih sihat. Keadaan saya sekarang menjadi lebih baik sekali gus menyebabkan kulit wajah saya juga beransur pulih,” katanya.


Disoal tentang penggunaan sebarang produk penjagaan wajah, sejujurnya Aliff berkata dia tidak mengambil sebarang suplimen atau produk, sebaliknya cuma menjaga pemakanan dan kebersihan diri.

“Saya tidak amalkan apa-apa produk. Saya hanya menjaga kebersihan dengan mandi dan basuh muka dengan kerap.

“Kalau saya rasa kulit muka berminyak, saya akan lap menggunakan kain bersih,” ujarnya.



Menyentuh tentang perjalanan karier muziknya selepas kerajaan membenarkan sektor industri kreatif kembali beroperasi, Aliff juga sedang menggerakkan strategi dengan kemunculan sebuah single baharu berjudul Takdir.

Kata Aliff, single tersebut juga menjadi lagu tema (OST) bagi drama berjudul Akan Ku Takluk Cinta yang bakal disiarkan TV3 tidak lama lagi.

“Sekarang saya dalam proses untuk menyiapkan muzik video lagu Takdir. Saya masih mengekalkan lagu berentak balada sama seperti single terdahulu.

“Takdir mengisahkan tentang takdir seseorang apabila berada dalam apa jua situasi, terutamanya percintaan. Jadi setiap apa yang berlaku sama ada manis atau perit, seseorang itu perlu terima kerana itu adalah takdir,” jelasnya.

Selain menghasilkan lagu untuk diri sendiri, Aliff juga sedang membikin sebuah single yang akan dinyanyikan pelakon muda berbakat besar, Meerqeen berjudul Menunggu.



Seperkara lagi yang memberangsangkan dalam hayat setahun jagung kariernya, Aliff sangat bersyukur dan tidak menyangka apabila namanya tercalon sebagai Top 5 Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 sebaris dengan nama-nama lain antaranya Meerqeen, Nadhir Nasir, Fadh Majid dan Dinie Rashid.

“Saya sebenarnya terkejut apabila berjaya sampai ke peringkat Top 5 kerana tidak pernah menyangka akan tercalon dalam mana-mana anugerah.

“Tapi saya percaya, kedudukan itu adalah berkat usaha dan sokongan peminat yang selama ini berada di belakang saya. Mungkin orang lain nampak saya seperti tiada penyokong, namun tetap ada sekelompok peminat tersendiri,” ujarnya.



Tidak menyimpan harapan besar, Aliff hanya mahu bersaing secara sihat dan tidak mengharapkan apa-apa dalam anugerah tersebut.

“Namun siapa tahu, mungkin rezeki akan berpihak pada saya,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 5-11-2021 05:47 PM
Haiyoooo kepam hauk nyaaa laaaaa muka diba aa
Padahal dulu time mudaaaa bergetar jugak laaa pearl khorsani gegelsss semalaya
Quote Perawankota 5-11-2021 06:02 PM
Sapaaaaaadia ni
Quote slyfynx 5-11-2021 06:53 PM
Jap, ko ialah sape?
Quote dudaberhias 5-11-2021 06:56 PM
Who are yusss? Kepam dan haukkk je... Kalau macamni baik biar je ada jerawat... Takde beza pun before n after... Yang video main gitar tu macam abang kelindan lori
Quote sleepandream 5-11-2021 07:40 PM
hormon bese la.... tak caya tanya mak hayam diva AA
Quote imransulaiman 5-11-2021 07:47 PM
Siapa ada jerawat tu, rajin-rajinlah gosok dengan bawang putih. In Sha Allah berkesan. Memang muka terasa pedas...tapi berkesan dengan pantas
Quote laksmanabentan 5-11-2021 07:52 PM
nakkomenjugak replied at 5-11-2021 05:47 PM
Haiyoooo kepam hauk nyaaa laaaaa muka diba aa
Padahal dulu time mudaaaa bergetar jugak laaa pearl kh ...

kann... tak tarik benang ker??
tu kat tangan tu kudis kenapa tuh AA??
Quote dudaberhias 5-11-2021 07:58 PM
laksmanabentan replied at 5-11-2021 07:52 PM
kann... tak tarik benang ker??
tu kat tangan tu kudis kenapa tuh AA??

heols banyak gila kudis sampai ke kaki pun ada... rasa2 heols berpotensi ada HIV tak?
Quote doubleharmonic 5-11-2021 08:19 PM
nakkomenjugak replied at 5-11-2021 09:47 AM
Haiyoooo kepam hauk nyaaa laaaaa muka diba aa
Padahal dulu time mudaaaa bergetar jugak laaa pearl kh ...

tu kudis2 bagai kat tangan dibah aa tu sebab infection std kah? kelas yach dibah aa bergayahan di ambang bulan posa?

Quote Whitney72 5-11-2021 10:42 PM
Sskjp jugak ke...sekampung dgn Jah..Paki clan jugak ke ni...
Quote kechikchomel 5-11-2021 10:46 PM
Ko muncul dari mana ni dekkk?? Tetiba je boleh ada benang kt forum ni
Quote Kurex 5-11-2021 11:13 PM
Takpe, meh iols bersihkan uols
Quote laksmanabentan 6-11-2021 08:00 PM
dudaberhias replied at 5-11-2021 07:58 PM
heols banyak gila kudis sampai ke kaki pun ada... rasa2 heols berpotensi ada HIV tak?

diabetis tak uoolsss....
Quote slyfynx 6-11-2021 08:03 PM
Jap, nape gmbr ngn Diva AA tu groin Diva AA basah?
Merembes kah?
Quote Carcosa 6-11-2021 10:28 PM
Siapo pulak niiiii. Muka kat video main gitar tu takde commercial value betul.
Ehhh, kat semua gambar pun lah!
Quote Suchi 6-11-2021 10:38 PM
imransulaiman replied at 5-11-2021 07:47 PM
Siapa ada jerawat tu, rajin-rajinlah gosok dengan bawang putih. In Sha Allah berkesan. Memang muka t ...

Untuk anak remaja baru 13 tahun boleh ke?
Quote 3480 6-11-2021 10:42 PM
Ok, aku mmg betui2 xtau dia ni..
Byk nau retis/ celeb nma alip
Quote fazamania 7-11-2021 10:06 AM
Siapa kau?
Quote kiah_mai_pulak 7-11-2021 10:19 AM
laksmanabentan replied at 5-11-2021 07:52 PM
kann... tak tarik benang ker??
tu kat tangan tu kudis kenapa tuh AA??

badan dia mmg berkudis uolss.  tu baru kat tangan.   belum lagi kat betis paha bagai tu

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.039039 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top