CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazli Zainal Stres, Bengkak Di Otak Sampai Hilang Ingatan

8-11-2021 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2291| Komen: 9

Gara-gara stres memikirkan hal kerja, penyanyi Fazli Zainal mengalami tekanan darah tinggi dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Shah Alam pada malam Jumaat lalu.


Menurut Fazli, 43, doktor memaklumkan dia mengalami bengkak di bahagian otak hingga menyebabkan kehilangan memori jangka pendek atau short term memory loss.

Foto: IG

"Saya alami hilang ingatan baru-baru ini... saya terus dibawa ke hospital dan bacaan tekanan darah tinggi iaitu 217/114 sehingga terpaksa ditempatkan di ICU untuk satu malam.

"Doktor beritahu otak saya bengkak sikit, tanda-tanda mild stroke peringkat awal kalau tak dikawal... mungkin berpunca stres fikir fasal kerja.


"Alhamdulillah pagi ini saya dah dibenarkan keluar ICU, doktor sedang memantau keadaan kesihatan saya dan meminta saya berehat jangan fikir apa-apa... sampai bila saya akan duduk di wad pun tak pasti lagi," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.



Fazli difahamkan mengalami hilang ingatan jangka pendek ketika berada di pusat karaoke di Cheras bersama dua orang rakannya.

Sementara itu, penyanyi lagu Mantan Yang Terluka ini memberitahu ini merupakan pengalaman pertama dia diserang tekanan darah tinggi hingga hilang ingatan.

Fazli bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana cepat mendapatkan rawatan sebelum keadaan menjadi lebih parah.



"Saya tak ada darah tinggi tapi mungkin sebab hypertension kerana 29 hari berada di wad Covid-19 dulu... lagi pula sekarang ini banyak event dan job emcee membuatkan saya sedikit sibuk dan kurang rehat.

"Ini kali pertama saya berdepan short term memory lost... doktor beritahu kalau tekanan sampai bacaan 220 memang bahaya, boleh sebabkan strok.

"InsyaAllah doktor akan merawat saya dengan baik. Terima kasih pada mereka yang tak henti-henti tanya khabar saya pagi ini. Doakan saya tak apa-apa dan cepat pulih ya," katanya.



Sebelum ini Fazli pernah dirawat selama 29 hari di Hospital Ampang mulai 31 Julai lalu kerana tahap oksigen dalam badannya turun sehingga 75 peratus akibat Covid-19.

Fazli dibenarkan pulang pada 28 Ogos lalu selain sudah lengkap dua dos vaksin. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 8-11-2021 05:13 PM
Semoga diberikan kesembuhan..
Quote lilylululala 9-11-2021 12:42 AM
Bukan she pakai susuk ke?
Quote sharlenetexas 9-11-2021 12:54 AM
Kesan post/ long covid ke?
Quote eely_shana 9-11-2021 09:21 AM
Pasca covid ke ni
Quote cikgojesss 9-11-2021 09:25 AM
kaka faz frust dgn bamtah eh? sebab bamtah pilih kaka faz ori..
Quote johan-adx 9-11-2021 09:37 AM
zaman skrg ramai org stress...sebolehnya cuba kawal stress melibatkn hal2 keje
Quote tootii 10-11-2021 12:42 PM
tak minat dak fazli ni .. tapi aku doakan moga dia sihat2 je hendaknya
Quote imanjannah 10-11-2021 01:00 PM
moga baik2 aje..
Quote syamzana 10-11-2021 01:04 PM
semoga diberi kesembuhan yg cepat

muka dia ni berubah2 plak dr first pic smpai la yg last bideo tu. ke edit?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.059536 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top