Brazil – Seorang bayi dilaporkan dilahirkan dalam keadaan ganjil kerana mempunyai ekor sepanjang 12 sentimeter(sm) di punggung kiri beserta sebiji ‘bebola’ selebar 4sm pada hujungnya, lapor akhbar Daily Star.
Perkara tersebut mengelirukan doktor-doktor di Hospital Kanak-Kanak Albert Sabin di Fortaleza, Brazil. Mereka membuat keputusan untuk memisahkan bola dan ekor berdaging itu menerusi satu pembedahan. Kanak-kanak itu dilahirkan 35 minggu pramatang tanpa komplikasi sebelum Januari tahun ini. Bayi ganjil dan pembedahan itu dilaporkan dalam penerbitan Journal of Pediatric Surgery Case Reports termasuk lampiran gambar dan keterangan bagaimana kejadian tersebut berlaku.
Bayi dikatakan mempunyai ekor semasa berada di dalam Rahim, namun ekor itu diserap ke dalam badan setelah beberapa minggu kehamilan. Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku pada bayi tersebut yang mana ekornya terus membesar. Doktor-doktor di Brazil turut mengesahkan bahawa ekor bayi itu tidak mengandungi rawan dan tulang, menjadikannya salah satu daripada 40 ekor manusia sebenar yang pernah dicatatkan. Bebola tersebut dikatakan mengandungi lemak dan tisu penghubung embrio, selain ekor tersebut hanyalah tisu tanpa tulang. Jurnal itu mendedahkan bahawa ekor manusai pertama dilaporkan bermula pada abad ke-19. – CARI Sumber: Kosmo
|
Decaffeinated replied at 8-11-2021 06:54 PM
Masuk nak tengok gambar manusia berekor tapi hampa. Next !
Samerosie replied at 8-11-2021 07:18 PM
You requested? Ni sebelum zaman covid ye in the 90s.
slavehunter replied at 8-11-2021 06:17 PM
Hybrid. Transhuman. Kat Turkey dah ada kes baby lahir ada ekor.
Lets see kat Malaysia akan terjadi ...
chazey replied at 8-11-2021 07:17 PM
Demikianlah asal usul Son Goku aka Kakarot.
Samerosie replied at 8-11-2021 06:48 PM
Mesti forumer yg ala2 terkejut hyvrid human la bagai tak ada anak kan. Babies borne with tails are ...
pengecatbintang replied at 8-11-2021 11:43 PM
bila plak nak relate dgn vaksin kobid..
@slavehunter x sebut vaksin pun..
slavehunter replied at 8-11-2021 11:57 PM
. Aku tak sebut Miss V pun.
Whatever floats their boat la.....
pengecatbintang replied at 9-11-2021 12:02 AM
lepaih ni hati2..
hatta hang sebut mee goreng pun..
ADVERTISEMENT