Austria – Seorang model yang sering dikecam oleh netizen menyifatkan kehidupan sebagai seseorang yang cantik sepertinya adalah sukar kerana sering menjadi mangsa orang sekeliling yang cemburu, lapor akhbar New York Post.
Veronika Rajek, 25, yang mempunyai 1.1 juta pengikut di Instagram kerap memuat naik foto dirinya memperagakan pelbagai jenis koleksi bikini. Akaun Instagram miliknya bagaimanapun kerap dipadam disebabkan netizen percaya bahawa dirinya adalah palsu kerana ‘terlalu cantik’. “Mereka fikir saya mungkin robot kecerdasan buatan (AI) atau seorang penyamar online,” katanya.
Wanita itu menganggap pemadaman akaun miliknya juga adalah satu bentuk diskriminasi, malah dia tidak mempunyai ramai rakan kerana mereka terlalu takut untuk mendekatinya memandangkan dia terlalu cantik. Rajek juga berkata bahawa dia kerap menerima komen-komen negatif daripada wanita yang menganggapnya mahu merampas teman lelaki mereka. Wanita itu mendedahkan dia tidak pernah menyunting penampilannya di laman sosial dan tidak pernah melakukan apa-apa pembedahan plastik. “Jika anda rasa diri cantik, maka anda seorang yang cantik,” katanya. –CARI Sumber: Kosmo
|
mrsLucky replied at 8-11-2021 10:05 AM
Memang cantik..Ignore the haters la.
Suchi replied at 8-11-2021 10:20 AM
Cantik cuma biasalah omputeh mmg muka selalu kelihatan lebih matang drpd usia.
Ni kira muka takdelaa ...
chazey replied at 8-11-2021 10:03 AM
Netizens bodoh 2021 ni dah lupa ke wanita cantik semulajadi seperti Cindy Crawford dan Brooke Shield ...
cmf_premierleag replied at 8-11-2021 09:59 AM
Mmg betul2 cantik
Tgk la features muka,leher and tengkuk dia.mmg perfect
green~tea replied at 8-11-2021 10:02 AM
Cantikkk!!! Suka tengok keindahan begini... done follow Instagram sheols
wirazam replied at 8-11-2021 10:39 AM
bon2 dia mcm sajat je...sajat tak terasa insecure ke hahahah
ADVERTISEMENT