Bila lemahnya akidah, pegangan agama pun mula goyah. Inilah yang terjadi pada selebriti Bollywood yang begitu mudah mengambil keputusan untuk keluar dari Islam.
Seperti yang dilaporkan portal murai.my, antara selebriti India yang membuat kejutan ini adalah Saif Ali Khan. Dia telah mengeluarkan kenyataan untuk meninggalkan agama Islam dan menjadi agnostik. Dia percaya bahawa menganuti agama menyebabkan hidupnya menjadi rumit. Bagi Saif, kebanyakkan agama yang ada didunia hanya memberi tekanan hingga menyebabkan manusia sentiasa membuat perbandingan agama mana yang lebih bagus untuk dianuti.
Selain itu, Nargis Dutt yang merupakan pelakon senior India turut memilih untuk keluar dari agama Islam kerana mahu mengikuti teman lelaki, Sunil Dutt menganut agama Hindu. Kerana cinta sanggup korbankan pegangan agama. Nagma juga tidak terkecuali memilih agama Kristian dan menolak dakwaan bahawa dia memeluk agama baru itu kerana pernikahannya. Dia mengubah kepercayaan agama kerana mahu menyebarkan ajaran kitab Bible ke pelusuk dunia. Seorang lagi selebriti yang tidak mengaku wujudnya Tuhan adalah Farhan Akhtar. Dia memegang prinsip ketiadaan Tuhan ini sehingga sudah berusia 40 tahun ke atas. Sedihkan? Tiada pegangan iman yang kukuh akan membinasakan kehidupan terutama bila di alam akhirat nanti. Keluar Islam sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan selebriti India. - CARI
|
shida81 replied at 9-11-2021 12:24 AM
SRK ada je dengar sebut allah ... cuma tu la sekadar di bibir....
harap2 sempat bertaubat la sebelum ...
cm_vungtau replied at 9-11-2021 10:19 PM
Tapi kalau dalam Islam berdosa besar kalau kita cakap orang tu kafir tapi sebenarnya dia adalah is ...
jijilaaa replied at 10-11-2021 03:06 PM
islam diaorg kat sana pun dah lain..kalau tgk cite bajrangi bhaijan tu...org islam tp ikat2 tali kun ...
ADVERTISEMENT