CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Ayang Jangan Kahwin Lain. Kalau Abang Mati!" - Ucapan Suami Sebelum Ajal .. ...

22-6-2015 12:19 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 16934| Komen: 107


   
sumber foto : http://3.bp.blogspot.com/



“Kalau abang mati, ayang jangan kahwin lain sebab nanti tak jumpa kat sana (syurga).”

Itulah kata-kata yang selalu diucapkan oleh Yusrizal Mohammed Yusoff pada isterinya sebelum terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 408.6, Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Kuala Lumpur berhampiran dengan Lembah Beringin, pagi semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 pagi itu, Yusrizal, 39, maut setelah lori yang dipandunya merempuh belakang lori kontena.

Isteri mangsa, Rohayati Hidzir, 31, berkata, kata-kata itu seringkali diucapkan oleh arwah suaminya. Namun dia hanya menganggap itu cuma usikan si suami.

Menurut Rohayati, baju Melayu berwarna biru yang telah siap ditempah untuk menyambut Syawal, kini hanya tinggal menjadi kenangan.

Arwah Yusrizal menempah baju Melayu lebih awal, tetapi pakaian baru untuk Rohayati dan anak perempuan mereka, Nur Syafiqah Irdina, 4, akan dibeli apabila hampir Syawal nanti.

Jenazah Yusrizal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam, Teluk Intan, Perak, pada petang semalam. - CARI Infonet



7

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
9

Sedih
5

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jerukkedondong 22-6-2015 07:31 AM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun....
Quote WawaRaRa 22-6-2015 07:37 AM
gambar 3 dr bawah tu gambar arwah ke?? takziah dan alfatihah...
Quote white_musk 22-6-2015 07:42 AM
aihh... taknak 70 bidadari rupa mcm minah saleh ker?
Quote BingkaUbi 22-6-2015 07:58 AM
Lori mcm ni selalu tak berapa sangat maintenance.....ntah2 brek putus ke, tengok impak tu mcm laju benar lori tu hentam treler.....

umo 31 tahun, kalu ada jodoh kawin je la.... bukannya arwah boleh hantar duit belanja pun dr kubur...

Quote bellaa 22-6-2015 08:09 AM
Takziah...
Quote zulka 22-6-2015 08:43 AM
“Arwah kerap ulang ayat itu, tetapi saya anggap itu gurauan. Bila saya tanya kenapa cakap begitu, arwah memberitahu kalau saya kahwin lain, tidak dapatlah berjumpa di syurga nanti,” katanya.

mana punya ajaran daa...
Quote ad_hoc79 22-6-2015 08:50 AM
dah serba salah nak kawin lain .....
kalau ada jodoh lain, xsalah kan kalau dia kawin lagi
Quote jofizo 22-6-2015 08:55 AM
kejap je dia pegang janji tu..... pastu mana boleh tahan...

Quote krustykrab 22-6-2015 09:01 AM
WawaRaRa replied at 22-6-2015 07:37 AM
gambar 3 dr bawah tu gambar arwah ke?? takziah dan alfatihah...

haah la kan...tersepit..ngerinya...

Quote haryatie 22-6-2015 09:17 AM
kalau istri mati cepat jerk nak kawin yer..
jnji tinggal janji jerk nnti..
x salah pun nak kawin lain..
hidup kena diteruskan..
Quote dzaraa 22-6-2015 09:20 AM
zulka replied at 22-6-2015 08:43 AM
“Arwah kerap ulang ayat itu, tetapi saya anggap itu gurauan. Bila saya tanya kenapa cakap begitu, a ...

pernah juga dengar tentang nih,...kalau tiga kali di dunia kita kahwin...cuma suami yg terakhir sahaja akan berjumpa di akhirat kelak.....tp setakt ni belum lagi jumpa dalilnyaa..
Quote pittjie 22-6-2015 09:21 AM
harap bini dia tak de la nak ikut sangat kata2 arwah laki dia ni. awak tu muda lagi kak. kalau ada jodoh ... kawin je la. laki ni suka la menakut2kan bini cenggini. org yang hidup ni pun berhak untuk bahagia .. berkasih sayang. yang dah pergi tu kita doakan je la semoga tenang kat sana. bukan kita lupa dia langsung pun.
Quote harimau76 22-6-2015 09:23 AM
Alfatihah.. semoga tabah menghadapi dugaan
Quote intriQue 22-6-2015 09:24 AM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun

kalau saya mati dulu, suami saya sila lah kawen lain
Quote prettyuglybabe 22-6-2015 09:26 AM
selfish sangat pesanan nya..
lain la dia mati meninggalkan harta buat anak bini sampai 7 keturunan boleh hidup senang..
Quote amon_79 22-6-2015 09:26 AM
uik..camna ek ..lamggar belakang tp depan yg terbakor...
Quote MeetJoeFly 22-6-2015 09:36 AM
intriQue replied at 22-6-2015 01:24 AM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun

kalau saya mati dulu, suami saya sila lah kawen lain

hahahaaa... ini win!
Quote intriQue 22-6-2015 09:41 AM

I dah mati.  Tak terjejas dah kalau suami kawen lain pun. Terputus dah hal2 dunia. Kecuali 3 perkara (doa anak yg soleh, amalan i, sedekah jariah i)

Yg hidup kena teruskan hidup.
Quote MeetJoeFly 22-6-2015 10:06 AM
intriQue replied at 22-6-2015 01:41 AM
I dah mati.  Tak terjejas dah kalau suami kawen lain pun. Terputus dah hal2 dunia. Kecuali 3 perka ...

betol... hakikat... hak bahagia hak semua... kan..xpayah tinggal pesan yang tak mampu nak tunai sblum mati...  

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.047431 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top