Seorang adik tergamak memukul abang sendiri menggunakan cangkul sehingga mati kerana sakit hati sering dihina dan dimaki mangsa.
Kejadian itu berlaku di kawasan sawah padi di Dusun XII Lubuk Tampu di Ramunia, daerah Beringin. Jurucakap polis, M. Firdaus mengesahkan kejadian itu. “Motif pembunuhan adalah suspek berasa sakit hati dengan abangnya yang sering memaki dan menghinanya.
“Tindakan itu menyebabkan suspek menyimpan dendam terhadap mangsa dan berniat untuk membunuhnya,” katanya. Jelas Firdaus, kejadian berlaku apabila suspek membawa cangkul ke sawah sebelum bertemu dengan abangnya. Berlaku pertengkaran dan mangsa didakwa terus memaki adiknya sehingga menyebabkan lelaki itu hilang sabar lalu memukul kepala mangsa bertubi-tubi menggunakan cangkul tersebut. “Selepas memukul abangnya, suspek berlalu pergi dan mangsa ditemukan penduduk kampung sebelum membawanya ke hospital dan meninggal dunia. “Ketika disoal siasat, suspek memberitahu dia tidak tahu kenapa abangnya sering memakinya, walaupun dia tidak melakukan kesalahan,” ujarnya. Sumber: Utusan
|
Rockafella: Ramunia itu di mana? Romania? ...
bro_kr replied at 8-11-2021 11:05 PM
Ramunia, Beringin, Sumatra Utara.
Kalau berita pelik-pelik ni selalunya dari Indonesia.
Adrif replied at 9-11-2021 12:26 AM
sejenis mulut abang aku
hanya kerana dia anak sulung, dia ada hak untuk bercakap apa saja kat kami a ...
ADVERTISEMENT