|
Azmi Saat, 34, kini lega apabila isterinya, Nazira Muhammad tidak lagi mengigau ketika tidur kerana teringatkan anak mereka, Allahyarham Khairul Afnan yang meninggal dunia, 30 September lalu.
Azmi dihubungi berkata perasaan sedih itu masih dirasai isterinya, namun agak terkawal kerana ada masa dia okey, ada ketika menangis juga disebabkan menanggung rindu. "Cuma, saya berasa lega kerana Nazira tidak lagi mengigau ketika tidur dan tiba-tiba menangis pada waktu malam teringatkan arwah anak kami. Sekarang, keadannya boleh dikata semakin baik dan stabil. "Walaupun dia masih belum betul-betul boleh melupakan saat-saat indah bersama cahaya mata kami, tapi Nazira tetap kuat dan tabah. Malah, saya sentiasa memberi semangat kepadanya.
"Saya sedar kena kuat untuk isteri dan syukur alhamdulillah kami reda dengan ketentuan takdir ini. Namun, masih perlukan masa untuk mengubat kesedihan hati," katanya kepada Harian Metro.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.833955 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.