Pasangan selebriti terkenal Justin Bieber dan isterinya, Hailey Baldwin kembali mencuri perhatian ramai apabila kedua-dua mereka mendedahkan perihal kesihatan mental masing-masing sepanjang tiga tahun bergelar suami isteri.
Dalam satu kenyataannya, Bieber berkata, isterinya adalah individu yang bertanggungjawab membantu dirinya bangkit mempercayai semula tentang cinta. Ujar penyanyi lagu Baby itu, dia mengakui trauma untuk bercinta selepas mengalami ‘luka’ yang serius selepas hubungannya dengan penyanyi dan juga pelakon, Selena Gomez berakhir.
“Saya hampir membunuh diri kerana cinta. Sejujurnya saya trauma. Untungnya isteri saya hadir pada waktu yang tepat untuk menerima saya seadanya. “Bahkan ketika kami berkahwin, masih ada banyak luka yang belum sembuh dan perlu diperbaiki,” katanya dalam program In Good Faith. Dalam pada itu, Baldwin berkata, dia akan bertahan semampu mungkin untuk suaminya tidak kira apa yang berlaku. “Sejak menerima lamaran suami, saya berjanji untuk setia di sampingnya tidak kira walau apa pun yang terjadi,” katanya. Sumber: Harian Metro
|
Whatsofunnyth replied at 28-11-2021 12:46 AM
gosip kate jb ni x moveon lgi dari selena. Ni macam one side love la ye kesian la tengok hailey ni ...
tomatome replied at 14-11-2021 11:22 AM
Nampak bini skrg syg btl kt jb..
Awat hang nk bunuh jb oii hang yg move on dl dr selena kalau x xd ...
Beribear replied at 14-11-2021 07:35 AM
Elok lah dia dgn si hailey yg tak habis2 insecure dgn selena. Harap bibir dgn selena tak pernah bers ...
blakerainer replied at 9-11-2021 08:34 PM
Tgk cm toxic relationship je deols ni. Dpn camera PDA baik punya, behind the curtain cm fishy jahh.
lasagna replied at 11-11-2021 11:23 AM
xpe laa dah jodoh. bini skrg pun sbb syg boleh laa nk jaga, sok lusa kita pun tak tau. justin pun di ...
babelina replied at 9-11-2021 09:17 AM
family selena x restu hubungan dorg.. katanya JB bw pengaruh x baik pada ank nya..
ADVERTISEMENT