|
Sebuah majlis hari jadi bertukar menjadi detik mencemaskan apabila api daripada lilin yang ditiup terkena bahagian rambut kanak-kanak.
Lapor Daily Mail, pihak ambulans St. John bergegas ke kawasan kejiranan Darwin petang semalam dan merawat mangsa yang mengalami kecederaan kecil. Pengurus Operasi St. John, Craig Garraway berkata, kanak-kanak berusia tiga tahun itu meniup lilin yang terdapat pada kek sebelum api menyambar rambutnya. “Ia hanya melibatkan kebakaran kecil di bahagian kulit kepala dan mangsa berada dalam keadaan baik.
“Mangsa masih meneruskan sambutan ulang tahun kelahiran sehingga parti selesai,” katanya. Oleh itu, Garraway memberi peringatan kepada ibu bapa supaya mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya kepada kanak-kanak kerana lilin boleh menjadi berbahaya. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.333222 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.