CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ingat Lagi Diana Johor? Kini Bahagia Hidup Bermadu

9-11-2021 09:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14217| Komen: 83

Bayangan Diana Johor, 40, sering timbul tenggelam sejak empat tahun lalu, malah ramai beranggapan pelakon dan penerbit itu sudah mengatur langkah mengundurkan diri.


Lebih jadi bualan apabila Diana jarang memuat naik perkembangan aktiviti dalam laman sosial selepas mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Hazman Thobrani, 46, pada 2018.


Foto: IG

Kini, Diana muncul kembali dan berhasrat kembali aktif dengan merancang menghasilkan drama dan filem di bawah syarikat produksi miliknya, Panthera Motion Pictures Sdn Bhd yang diusahakan sejak 2014.

Diana berkata, kali terakhir muncul dalam filem Perangsang Rentap pada 2017, namun, kemudiannya mendirikan rumah tangga.




"Saya akui sudah lama menyepi. Saya fokus sebagai suri rumah selepas mendirikan rumah tangga kira-kira tiga tahun lalu.

"Jadi, saya mahu menggerakkan semula syarikat produksi dan diharapkan mendapat sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan stesen televisyen (TV).

"Saya sudah mendapat keizinan suami, malah mendorong saya kembali aktif. Disebabkan itu, saya mula mengatur langkah dengan menghantar beberapa kertas kerja.



"Insya-Allah, saya mahu fokus dengan kerja seni. Saya berharap orang luar tidak fikir saya sudah berundur diri," katanya kepada BH Online.

Mengulas apakah faktor menjadi penyebab menyepikan diri, Diana berkata, dia mahu menumpukan perhatian sebagai isteri.

"Saya memang tidak aktif dalam laman media sejak beberapa tahun ini. Jujurnya, saya hidup bermadu, jadi banyak perkara yang tidak boleh dikongsi demi menjaga hati keluarga sebelah sana.



"Itu juga antara faktor saya menyepikan diri. Sekarang, saya harap semua tahu saya masih lagi mahu meneruskan kerjaya sebagai pelakon dan pembikin filem.

"Sebelum ini, agak sukar berikutan saya banyak menemani suami bekerja di Terengganu. Jadi, kami kerap berulang-alik ke sana. Saya juga tidak boleh fokus perkara lain sebab menyokong perniagaan suami," katanya yang kali terakhir membintangi telefilem Hantu Raya Balik Kampung pada 2019.


Mengulas spekulasi mendakwa menghadapi masalah rumah tangga, Diana menafikan, malah, rumah tangga dalam keadaan baik-baik sahaja.

"Saya tiada masalah rumah tangga. Hubungan saya dan suami masih baik, Alhamdulillah. Bagaimanapun, kami belum dikurniakan cahaya mata.

"Saya tahu ramai tertanya-tanya mengenai perkahwinan saya. Memang saya tidak berkongsi dengan umum kerana majlis perkahwinan tidak diadakan demi menjaga pihak sebelah sana.

"Tetapi, apa yang boleh saya kongsi, sekarang ini keadaan semuanya baik-baik. Malah, saya dengan madu pun tiada masalah," katanya.



Diana yang kini istiqamah dengan imej bertudung berharap dapat kembali aktif dibayangi kehidupan peribadinya.

Diana menceburi dalam dunia belakang tabir sejak 2008 menerusi produksi yang diusahakan bersama kembarnya, Lina iaitu Unique Twins Sdn Bhd. Panthera Motion Pictures Sdn Bhd adalah salah satu anak syarikat kepada produksi berkenaan. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakominami 9-11-2021 09:59 AM
Mcm penah baca kes dia buat shooting kat belah borneo saja terbengkalai.pastu org kat sana mengamuk....itu dia ka?
Quote tepisket.. 9-11-2021 10:00 AM
Dia ada kembar kan? Nama lina johor
Quote Incanto 9-11-2021 10:22 AM
dia pernah kawin dgn adik Jejai, jadi biras Nora Danish masa tu


cantik lah  dia, tak nampak 40
Quote cheezel 9-11-2021 10:46 AM
Cat eye mata dia. Lawaa
Quote Jajabeans 9-11-2021 10:47 AM
cantik dia ni.. lama xtgk dia.. muka iras2 ex fatah amin
Quote ezacbee 9-11-2021 10:50 AM
Oklah dia ni jenis senyap. Jaga hati madu.
Bkn cam de retis tu kecoh.
Quote tasha 9-11-2021 10:50 AM
Muka cam tak makan tua sama mcm.dulu..cantik
Quote makadek 9-11-2021 10:53 AM
Sonok jd surirumah ...tu je nak habaq
Tp kalau tk de anak molek laaa buat sesuatu yg mendapatkn hasil
Quote makton 9-11-2021 11:19 AM
cantik dia ni                                   
Quote jijilaaa 9-11-2021 11:21 AM
seronok jugak jadi cantik...cerai kawen cerai kawen..dpt plak hat kaya2. my friends 3x kawen cerai..anak dah masuk 6, tp body mcm anak dara lagi. bekas laki and current laki semua kayo2. dok rumah kerja beranak je. rezeki lain2 kan. yang me ols ni makan seciput pun berat naik tak reti nak turun..aishh
Quote NFBZCantik 9-11-2021 11:35 AM
lawa laa dia ni
Quote prince_marhaen 9-11-2021 11:43 AM
Selalu confused dia ni dengan ex-Bamtah Amen yang muka sedih tu..iklan skincare sedih tu...semua mood sedih..siapa nama ntah lupa
Quote helicornia 9-11-2021 11:50 AM
ada sapa2 kenal laki baru dia?
Quote AKAZ85 9-11-2021 11:53 AM
prince_marhaen: Selalu confused dia ni dengan  ...


Sherry Ibrahim
Quote Nurul_007 9-11-2021 12:01 PM
prince_marhaen replied at 9-11-2021 11:43 AM
Selalu confused dia ni dengan ex-Bamtah Amen yang muka sedih tu..iklan skincare sedih tu...semua moo ...

tapi dia ni lagi cantik tengok dalam tv dan gambar compare ex FA tu walau muka ada iras sikit

Quote prince_marhaen 9-11-2021 12:19 PM
Nurul_007 replied at 9-11-2021 12:01 PM
tapi dia ni lagi cantik tengok dalam tv dan gambar compare ex FA tu walau muka ada iras sikit

tu lah...cantik lagi kaka diana JDT ni kan... suka tengok muka dia kalau berlakon... sharp features... ex-bamtah cam jawline ke depan sikit kan muka garang
Quote miu84 9-11-2021 12:22 PM
Buat lifting ke muka sheols nih. Kemain ha lifted mata bagai
Quote dudaberhias 9-11-2021 12:46 PM
who are yussss...
tapi ok la sheolss nampak muda...
retis2 yang umo lepas 30 sekarang ni semuanya dah nampak tua dari sheolsss lagi2 yang terpaling golden sand suka pedajal orang tu...
Quote afie_m 9-11-2021 12:53 PM
Lama tak dengar pasal dia..cantik .

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.040288 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top