CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ribuan Buku Nikah Dicuri, Dijual Kepada Sindiket Kahwin Mut'ah

9-11-2021 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1167| Komen: 3

Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA) dan Keluarga, Kementerian Agama, memaklumkan ribuan buku nikah di Yogyakarta dan Jambi dicuri dalam tempoh sebulan lalu.

Pengarah KUA, Muhammad Adib berkata, satu daripada motif utama kejadian itu adalah untuk dijual kepada sindiket yang melakukan perkahwinan kontrak atau nikah mut’ah.

Sehubungan itu, beliau menegaskan adalah penting untuk melaporkan jumlah kehilangan dan nombor pendaftaran buku nikah ke Kementerian Agama.

Foto: IG

Katanya, kementerian akan menyimpan data buku nikah yang dicuri bagi mengelakkan penyalahgunaan oleh pihak tidak bertanggungjawab.


“Laporkan hal itu ke polis, catat berapa buku nikah yang hilang mengikut nombor pendaftaran dan kemudian maklumkan kepada Pejabat KUA.

“Selepas aduan dan laporan diproses, buku nikah itu akan dibatalkan dan tidak boleh digunakan,” katanya.

Dalam pada itu, Adib menjelaskan, nombor pendaftaran pada buku nikah digunakan untuk mengelak pemalsuan.

Katanya, setiap buku nikah mempunyai nombor pendaftaran yang berlainan. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manzilla 9-11-2021 10:56 AM
Nikah mutaah Syiah ke? Setahu aku nikah mutaah Syiah untuk satu malam pun boleh, saksi tak payah tok kadi tak payah, belum siap pun buku dah cerai dah.
Quote prince_marhaen 9-11-2021 11:34 AM
Register number tak generate automatik ke? Dah siap2 bubuh nmbr kat buku? macam beli resit kat kedai dah siap print nmbr eh?
Quote Kurex 9-11-2021 12:05 PM
Siapa bukak benang indon ni

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.030158 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top