CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

12 Lelaki Ditahan, Tawar Seks Untuk Gay

10-11-2021 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1414| Komen: 2

Johor Bahru : Seramai 12 individu ditahan dalam serbuan sebuah premis yang menjalankan perkhidmatan seks untuk golongan gay di Taman Pelangi di sini, kelmarin.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, serbuan jam 9.30 malam itu dilakukan cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Selatan bersama anggota polis dari Balai Polis Taman Pelangi.

Katanya, dalam serbuan itu, seorang lelaki berusia 30 tahun mengaku bekerja sebagai penjaga premis ditahan.

Gambar Hiasan

"Lelaki itu gagal mengemukakan lesen perniagaan yang sah. Hasil pemeriksaan lanjut di dalam premis itu, pasukan menahan dua lelaki tempatan dan tujuh lelaki warga asing berumur dalam lingkungan 20 tahun hingga 40 tahun yang bekerja sebagai tukang urut.


"Turut ditahan, dua lelaki tempatan berumur 25 tahun dan 32 tahun yang disyaki sebagai pelanggan untuk mendapatkan khidmat urut dan seks," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Raub, pelbagai peralatan yang dipercayai bagi kegunaan khidmat urut dan seks dirampas.

Antaranya, dua tuala, dua botol minyak urut, enam keping kondom pelbagai jenama, satu tiub pelincir, sehelai kertas mempunyai catatan aktiviti pekerjaan, empat keping gambar iklan lelaki dan wang tunai sebanyak RM139.

"Semakan rekod pergerakan keluar dan masuk ke Malaysia terhadap tujuh asing yang ditahan mendapati salah satu daripadanya tidak mempunyai pasport perjalanan yang sah.

"Kesemua yang ditahan dan dikompaun, penjaga premis sebanyak RM10,000, manakala pelanggan dikompaun sebanyak RM 2,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 4," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (UUKTPP), Seksyen 372 B Kanun Keseksaan dan 55B Akta Imigresen dan 6 (1) (c) Akta Imigresen. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 10-11-2021 12:29 PM
euuwwww..gegayah paki ke bangla tu?
Quote Xim 10-11-2021 12:31 PM
Thread dah ada : https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5004307

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.028771 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top