|
Seorang lelaki yang sedang asyik menyanyi dan berjoget di atas pentas diheret turun anak perempuannya yang tidak gemar melihat bapanya melakukan perkara sedemikian, lapor Suara.com.
Video tular itu dimuat naik di akaun TikTok bernama @happymusic.90 dan setakat ini mendapat 2.3 juta tontonan. Pada awalnya, kanak-kanak perempuan itu dilihat memanggil bapanya untuk turun dari pentas, namun tidak dihiraukan bapanya. Akibat marah dengan perlakuan tersebut, dia berjalan ke arah pentas lalu mengheret bapanya turun.
Lelaki itu dilihat pasrah dan hanya tertawa melihatkan tindakan anaknya. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.030833 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.