CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Romeo, Juliet' Minum Racun Ketika Majlis Kahwin Kerana Cinta Tak Direstui

11-11-2021 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2568| Komen: 15

Sepasang kekasih nekad meminum racun selepas ibu bapa masing-masing tidak merestui hasrat mereka untuk berkahwin.

Pasangan dikenali sebagai Muqaddas dan Adnan dari Pakistan itu membunuh diri ketika wanita berkenaan bakal berkahwin dengan lelaki lain pilihan ibu bapanya.

Menurut laporan seperti dipetik Daily Star, insiden tragis itu berlaku ketika majlis perkahwinan Muqaddas sedang berlangsung sejurus sebelum ketibaan pengantin lelaki dan keluarganya.


Gambar hiasan

'Romeo dan Juliet' Pakistan itu dilaporkan ditemui dalam keadaan kritikal pada 7 November selepas mereka meminum racun.


Kedua-duanya dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba.

Menurut polis, Muqaddas dan Adnan telah bercinta dan berharap untuk mengakhiri hubungan mereka dengan perkahwinan.

Bagaimanapun ibu bapa Muqaddas tidak merestui hubungan mereka, sebaliknya memilih pasangan yang berbeza untuk anak mereka.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SweetRehan 11-11-2021 04:40 PM
Seiring dan sejalan menuju neraka....
Quote edayildiz 11-11-2021 04:43 PM
cinta mati

Quote nakkomenjugak 11-11-2021 04:52 PM
Kesiannnn...
Quote Punat_button 11-11-2021 04:55 PM
so sweet

Quote makneng 11-11-2021 06:01 PM
Apa parents diorg rasa lepas anak2 mati? Seronok? Gatal biji nak jodohkan anak tu dgn org dah knp?
Quote dani-rox 11-11-2021 06:38 PM
tingat citer Bollywood lakonan Karisma Kapoor masa awal2 kemunculan dia dulu, tak ingat pulak apa tajuknya Cinta terhalang dan kawen paksa, last2 hero dan heroin mati bunuh diri dan roh mereka bertemu semula di air terjun tempat favourite sewaktu bercinta. lepas tu tak ditayangkan lg kat mana2 tv, mungkin filemnya sendu atau mesej suicidal lovers dah tak diterima org ramai.
Quote Decaffeinated 11-11-2021 06:40 PM
Kedua-duanya dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba.

sib baik sempat mati they don't have to suffer any longer. padan muka parents.

Quote mawardia 11-11-2021 09:15 PM
Kesiannya.
Quote Carcosa 11-11-2021 09:50 PM
Makbapak dia rasa apa skrg? Ada rasa2 ayam tak?
Padan muka ko, anak ko dah mati. Dipaksa2 kawin dgn jantan dia taklalu, kang cemana nak bersenggama? Diorang ni asal boleh je
Quote Perawankota 12-11-2021 03:47 AM
Klu dh Pakistan, bkn Muslim ke
Quote matbad 12-11-2021 04:18 PM
makneng: Apa parents diorg rasa lepas a ...

kalau kat pakistan walaupun islam, anak mati rasa puas hati dri nak langgar adat (berlainan kasta mcm yindia)
Quote -Suri- 13-11-2021 01:39 AM
Taktau nak kata apa…
Quote sekngucing 13-11-2021 01:46 AM
Ini namanya cinta suci...
Quote Artemesiaa 13-11-2021 12:56 PM
Baca tajuk dah boleh agak di negara mana kejadiannya
Quote ChildrenOfBodom 13-11-2021 01:33 PM
'till death do us unite

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.034635 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top