CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lee Chong Wei Nak Beli Siakap Langkawi Untuk Isteri Sempena Ulangtahun Perkahwinan

12-11-2021 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1716| Komen: 5

Penangan ikan siakap dari Langkawi terus menjadi bualan rakyat Malaysia apabila kali ini bekas jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei pula ‘berkenan’ untuk membeli juadah tular tersebut sempena ulang tahun perkahwinannya.


Chong Wei yang berkahwin dengan isterinya, Datin Wong Mew Choo pada tahun 2012 lalu menyatakan hasrat berkenaan menerusi satu muat naik gambar perkahwinannya di laman Instagramnya semalam.

Foto: IG

“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke sembilan buat isteriku. Tahun depan sudah tahun ke-10 kan, mari kita rancang ulang tahun ke-10 yang romatik dengan keadaan semasa Covid-19 yang semakin bertambah baik. Saya sudah impikan Bora-bora dan Tasik Louise.


“Ulang tahun ke sembilan kali ini sederhana sikit namun saya akan belikan kamu ikan siakap dari Langkawi,” katanya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut yang mendapat lebih daripada 115,000 tanda suka turut menerima pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia yang kebanyakannya mengakui terhibur dengan sisi kelakar jaguh badminton itu.

“Selamat ulang tahun perkahwinan Datuk, saya fikir Datuk boleh masuk rancangan Maharaja Lawak Mega,” kata @izaanchin.

“Tak pernah tak kelakar. Buktikan Datuk mampu beli siakap tu, sangat popular ikan tu sekarang,” ujar @sodeahannaabdullah.

“Selamat ulang tahun perkahwinan Datuk dan Datin. Semoga gembira di tahun-tahun mendatang. Ayat Datuk tak pernah gagal membuat saya ketawa,” usik @jailanirashid.

Menerusi perkongsian sama, Chong Wei turut menceritakan kenangan dia melamar isterinya itu sewaktu mereka berada Gold Coast, Australia beberapa tahun yang lalu.

“Itu adalah momen yang paling gementar bagi saya, lebih gemntar daripada final Olimpik, lebih gementar daripada waktu mengambil keputusan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM). Saya berlatih ayat lamaran berulang kali namun bila buka mulut masih juga tergagap-gagap.

“Jatuh saya ‘terjatuh’ bila awak membisu selepas dilamar. Adakah saya tidak cukup bagus untuk awak? Tidak cukup kacak kah saya? Saya lihat cermin setiap hari, bukan Andy Lau, tapi muka saya boleh lah cari makan,” katanya.

Tambah beliau, selepas terdiam beberapa ketika, Mew Choo dengan mata yang bergenang air mata mengatakan ya sebelum mereka berpelukan dan menangis bersama.

“Sehingga hari ini saya masih mencubit diri sendiri kerana sukar untuk mempercayai kita sebenarnya bersama dengan dua anak lelaki yang tampan. Tidak sabar untuk meniti hari tua bersama kamu berpegangan tangan.

“Saya berjanji dengan kedua ibu bapa awak saya akan melindungi awak apabila saya mengahwini awak. Saya akan menunaikan janji itu,” luah beliau.

Terdahulu, Kosmo! Online minggu lalu melaporkan beberapa individu memuat naik gambar resit dibayar mereka di sebuah restoran makanan laut di Langkawi yang mencecah ribuan ringgit sehingga mendapat perhatian banyak pihak.

Penularan harga yang perlu dibayar itu juga turut menarik perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk turut menyiasat kebenaran dakwaan tersebut.- CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 12-11-2021 09:01 AM
Addddoiiiii laaa ayat muka boleh cari makan tu tak boleh blah..hahaha..mmg kelakar gila DLCW ni..tapi baguih gak lepas retired dia bukak construction company..xsibuk nak jadi training pasai dia pun training dgn misbun. Cuma sesekali dia kena la turun padang p sharing experience & tips kat adik² di BAM tu bagi kata2 semangat
Quote LostStar 12-11-2021 05:08 PM
dia ni asal bukak mulot jek mmg kelakar la.. haha
Quote Perawankota 12-11-2021 09:13 PM
Suka tul dia ni lawak2
Quote lasagna 15-11-2021 09:48 AM
bakat trpendam dato ni sbrnya.. ada jer benda dia nk melawak.
hepi anniversary dato & datin!
Quote che-cikL 15-11-2021 09:56 AM
Construction company tu dah mmg sedia ada beberapa tahun lepas dah kan? Kalau sykt yg sama lah, partner dia ada datang jumpa iols propose project jutaria. Muda lagi juga, dah Dato' business punya olang.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.035733 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top