Baru-baru ini Siti Kassim ada membuat ciapan di Twitter berkenaan isu politik dalam negara. Peguam penuh kontroversi ini ada memuat naik gambar yang tertulis, "Undi selain PAS korang nanti masuk neraka."
Katanya dia lebih rela masuk neraka sebab tak sanggup tengok muka orang PAS di syurga. "Baik masuk NERAKA kalau orang macam PIS PAS PUS masuk SYURGA.. Tak sanggup tengok muka dia orang." Disebabkan status tersebut, Siti Kassim telah berjaya mengundang kecaman ramai. Antara yang tampil bersuara adalah pendakwah, PU Syed. PU Syed kata apa yang dikatakan oleh Siti Kasim adalah sesat dan menipu. "Cukuplah sesat sorang..jangan diajak orang lain sesat seperti kamu," tegurnya melalui Instagram.
|
mojarean_X replied at 15-11-2021 12:39 PM
Alah agak2 lah dgn taktik basi nk kecam pas.
ADVERTISEMENT