CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sangat Tak Patut Dalam Sejarah MLM Tiada "Ha" - Shahrol

15-11-2021 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7464| Komen: 41

Pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro ,37,menyifatkan tindakan juri tidak memberikan 'Ha' walau satu kepada peserta yang bertanding di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) adalah keputusan sangat tidak patut dibuat.


Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi menerusi hantaran di Instagram, menyelar tindakan berkenaan yang disifatkannya tidak adil buat peserta yang bertanding kerana bukan mudah mencari idea untuk dipertontonkan.


Kredit foto: IG Shahrol

"Jika tak suka sangat pun berilah satu 'Ha' tanda menghargai usaha mereka di atas pentas menghiburkan penonton. Nilailah mereka seadilnya dan letaklah mereka yang benar-benar layak di situ," tulisnya.


Shahrol berkata apa yang menjadi keresahannya mengenai industri komedi tanah air sudah pernah diungkapkan dari awal pertandingan itu. 

Malah, apabila dia menonton insiden yang berlaku pada minggu kelima persaingan malam kelmarin, diakuinya amat menyedihkan.



Ujar Shahrol lagi, pada komen juri pula sepatutnya kalau dirasakan kurang mantap maka beritahulah kepada peserta bahagian mana yang kurang itu agar mereka boleh memperbaikinya untuk persembahan seterusnya nanti.

Shahrol juga berkata dia tampil bersuara dengan satu niat untuk melihat industri komedi terus maju. Apatah lagi, persembahan peserta untuk pertandingan berprestij seperti MLM hanya dibuat setahun sekali untuk membuka pintu kepada pelawak berkarya.



Terdahulu, anggota kumpulan Taici iaitu Chiwan di Instagramnya meluahkan perasaan kesal terhadap tindakan juri yang tidak memberikan 'Ha' kepada mereka dalam persembahan di MLM 2021, malam Jumaat lalu.

Kegagalan Taici yang tidak menerima sebarang 'Ha daripada juri, sekali gus menyebabkan mereka tersingkir dan secara tak langsung ia turut mencipta sejarah buat pertama kali tiada 'Ha' di pentas MLM.





Sehubungan itu, barisan juri di MLM 2021 terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Diana Danielle, Noh Salleh, Uqasha Senrose dan seorang juri misteri dikenali 'Sang Bara'.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 15-11-2021 01:50 PM
tak penting pun 'Ha' tu kan, skrg juri pun pandai menilai. TAK best mmg selayaknya kan.. so ada lebih baik jgn nk bitter sgt. sejujurnya taon ni MLM aku tgk 1st eps jer, pastu dah tak folo, merapu dan tak ada pun lawak yg sesungguh nya lawak mcm dolu2.
Quote slyfynx 15-11-2021 01:53 PM
Suruh nilai seadilnye, tp suh pulak wajib bagi HA
Quote wanokakaka 15-11-2021 01:55 PM
pemberian ha ni mempengaruhi penyingkiran ke? ke smua pakai vote? kalau pakai vote so mksdnya memang xbest la..
Quote AshkieLa 15-11-2021 02:07 PM
tiap kali bukak mesti last2 tv tengok aku walaupun Jumaat malam Sabtu..
so memang tak layak dapat HA memasing.. sekian.
Quote makton 15-11-2021 02:14 PM
"maruah kami nak campak mana?"

dah kau tak lawak, terima je la hakikat.
Quote tootii 15-11-2021 02:17 PM
ye .. ambil maklum YB
Quote ezacbee 15-11-2021 02:17 PM
Dah bosan dgn pelawak2 ni.
Tak melawak, menyanyi tu je program yg ada.
Quote mohdcrow 15-11-2021 02:19 PM
Dorang bergaji kan?
Quote cik_penguin 15-11-2021 02:23 PM
Dah tak sedap tu sudahlah
Quote 4cupcakes 15-11-2021 03:28 PM
Siapa juri yg tak bagi ha tu?
Quote mesmerize 15-11-2021 03:49 PM
dah mmg juri tak bole nak ketawa kat lawak ko.. sebab mungkin tak lawak langsung atau cringey.. macam mana nak bagi ha.. krik2 aje lah ko dapat
Quote mesmerize 15-11-2021 03:50 PM
uqasha tu salah satu juri rajin bagi ha walaupun tak berapa lawak.. kalau dia tak bagi ha mmg tak lawak langsung la tu

part chiwan ni ai termiss aritu.. ke diorang punya turn ai tak perasan..
Quote KamikuP 15-11-2021 05:14 PM
Juri misteri tu meolss spkeu Tok RAm.. ko ghaser?
Quote helicornia 15-11-2021 05:27 PM
KamikuP: Juri misteri tu meolss spkeu T ...

Haha sama la mak aku pun ckp tokram.btw aku tk layan sgt pun mlm tahun ni.bosan giler.mak aku je tengok dh dia tkde apa nk buat duduk rumah
Quote Orix 15-11-2021 05:48 PM
iols da x bleh layan MLM ni, rs mcm tercabar taraf level IQ iols dgan lawak tah pape.... tp ms zaman osbon, boboi, jozan dlu mmg best n lawak
Quote tupaiterbang 15-11-2021 06:27 PM

laHAnat ke? Sori weols tak layan asstrokk
Quote Acikgomen 15-11-2021 06:31 PM
Dedolu acik layan MLM sbb nak tgk pakyuih je
Lepas pakyuih takdak, bosan dah MLM tuh
Lawak deyols pun dah tak bekembang, balik2 lawak lucah yg tak lawak pun, tak pun lawak body shaming, ponnnnnnnn tak lawak
Boooooooo utk production MLM
Quote mojarean_X 15-11-2021 08:02 PM
Luckily aku x pernah layan rancangan2 mcm ni. Not my cup of tea. Tp kalo ada Rita, maybe aku consider nk tgk
Quote mamaneesa 15-11-2021 08:48 PM
Korg dipaksa bertanding ke sampai nak merungut ckp susah nak cari idea cari content bagai? Dah nama pun pertandingan, mmgla kena bersusah payah utk menang. Selama ni juri2 tu ckup baik hati la bg HA jugak kat korg wpun aku rasa cringe ya amatttt bila tgk lawak korg tu…MLM dulu2 gak best, idea fresh je memasing…

Xpe, jap gi aku tgk blk part chiwan ni, adakah mmg krik krik sungguh…

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.038363 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top