CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Kesunyian Wasiat Harta Hampir RM560 Ribu Kepada Penarik Beca

16-11-2021 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2681| Komen: 8

New Delhi: Bagi membalas budi, seorang wanita berusia 63 tahun di bandar Cuttack, Odisha, India sanggup mewasiatkan seluruh hartanya sekitar 1 crore rupee (RM559,623) kepada penarik beca yang menjaganya sejak kematian suami dan anak.


India Times melaporkan Minati Patnaik menyerahkan rumah tiga tingkat di kawasan Sutahat, barangan kemas dan semua aset lain kepada penarik beca bernama Budha Samal.

Difahamkan, Budha bersama isteri dan dua anak lelakinya berkhidmat untuk Minati dan ahli keluarganya.


Foto: India Times

Minati yang berasal dari Sambalpur berkahwin dengan Krishna Kumar Patnaik, hartawan di bandar Cuttack dan sebelum ini hidup gembira bersama anak perempuan mereka, Komal.


"Suami saya meninggal dunia pada 2020, manakala anak perempuan saya meninggal dunia tahun ini. Selepas kematian mereka, semua harta ini tiada lagi nilai buat saya.

"Ketika saya meratap kesedihan, tiada saudara mara berada di sisi saya. Saya keseorangan.

"Bagaimanapun, penarik beca ini dan keluarganya menjaga kesihatan saya tanpa diminta," katanya.

Ketika suami dan anak perempuan Minati masih hidup, Budha juga melayani mereka.

Selepas kematian dua beranak itu, Budha dan keluarganya mengabdikan diri untuk berkhidmat kepada Minati yang kesepian itu.

Selepas melihat kesungguhan, perkhidmatan tanpa jemu dan komitmen Samal, Minati nekad dengan keputusan itu.

"Kini, tiada siapa yang akan mengganggu Budha dan keluarganya selepas kematian saya," katanya.

Menurut Budha, dia sudah berkhidmat dengan keluarga Minati sejak 25 tahun lalu dan tidak pernah mengimpikan harta itu.

Dia juga tidak pernah membawa penumpang lain di dalam becanya.

"Saya sentiasa berusaha untuk memastikan keluarga saya sentiasa menjaga Minati selepas kematian suaminya. Kami akan terus menjaganya selagi dia masih bernyawa," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 16-11-2021 11:42 AM
Semoga sedara2 keling -400 Minati tak bunuh keluarga si penarik becha kerana tak puas hati mahu bolot harta.
Quote buragazz 16-11-2021 12:02 PM
chazey replied at 16-11-2021 11:42 AM
Semoga sedara2 keling -400 Minati tak bunuh keluarga si penarik becha kerana tak puas hati mahu bolo ...

Baru nak cakap benda yang sama...

Silap2 penarik beca tu mati kena bunuh...
Quote wirazam 16-11-2021 01:36 PM
Ini kisah majikan yg terbaikkk
Quote aliaa 16-11-2021 04:03 PM
majikan yg menghargai pekerjanya...
harap2 Budha selamat dari gangguan ..
Quote ezacbee 16-11-2021 04:05 PM
Setia betul. Memang patut dapat camtu.
Quote Lagubestbest 16-11-2021 04:09 PM
ohh jadinya pergaduhan akibat merebut harta bernilai puluh2 crore rupee dalam citer hindi tu 50% nilai duit kita la kan.. banyak2..
Quote intan244 17-11-2021 01:20 PM
harap minati x mati dibunuh jugak sbb nk harta awal
Quote nononcrux 17-11-2021 04:15 PM
majikan mcm ni selalu didambakan.. hahah

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.100820 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top