CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berkenalan Dengan Bakal Isteri Haqiem Rusli, Muka Macam Hanis Zalikha

16-11-2021 10:55 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 20014| Komen: 141|Original author: Oleh: Saiful

Dah tak berapa nak rahsia sangat sebab ramai je dah tau identiti bakal isteri Haqiem Rusli.

Tak payahlah nak sorok sangt, jom kita berkenalan manja-manja dengan Anis Sofea.


Sebelum ini Anis yang baru berusia 19 tahun ini tak berhijab, sekarang baru menutup aurat.

Foto: IG


Nah, trivia Anis buat yang tertanya-tanya, seperti yang dipetik dari mStar Online.

Nama sebenar ialah Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

Berumur 19 tahun, keluarga gadis ini berasal dari Kelantan.


Anis Sofea menamatkan pengajian di peringkat SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju.

Merupakan seorang selebriti media sosial dengan memiliki hampir 41,000 pengikut di Instagram.



Menamatkan pengajian di peringkat SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju

Anis Sofea mula bertemu dan berkenalan dengan Haqiem atas urusan perniagaan.

Anis Sofea juga merupakan pengasas dan rakan kongsi perniagaan restoran makan Santhai Village bersama Haqiem.



Mereka berkawan selama hampir dua tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Ramai netizen memuji Anis Sofea kerana dikatakan mirip dengan wajah pelakon Hanis Zalikha.

Busana pernikahan mereka direka khas oleh Razman Razmi manakala pereka fesyen Rizman Ruzaini diberi kepercayaan untuk menghasilkan pakaian untuk malam resepsi.

Haqiem menghadiahkan sebuah lagu khas untuk bakal isterinya itu berjudul "Hitam saksi putih".



Anis Sofea mula menukar imej dengan berhijab baru-baru ini.

Anis Sofea mula menukar imej dengan berhijab baru-baru ini.



Anis Sofea juga sudah memadam foto dan video lama di Instagram. Buat masa ini dia hanya berkongsi dua keping foto bertarikh 31 Oktober lalu dengan imej baharunya itu.

Sekian. Apa pun tahniah ya Haqiem. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 16-11-2021 11:05 AM
Jangan nikoh muda. Tak sesuai.
Quote bakingsoda 16-11-2021 11:07 AM
unexpected jugak dek qiqiem mampu buat dia pakai tudung sblm kawen. lawa pulak gambar pakai shawl tuu, gambar lain2 yg nampak terlalu keknis tu entah laaa
Quote tuntasha 16-11-2021 11:15 AM
Diqiqie finally dpt jugak awek yg nak kaiwn ngan dia.Dia ni tk kisah gegurl 17 tahun pun janji dia kawin. Bakal bini dia pun bukan lah lembut baik mana.sesama poyo giler attention babtu leh kapel.Gitewwww….
Quote mamaneesa 16-11-2021 11:38 AM
Edited by mamaneesa at 17-11-2021 09:00 AM

trend minah kelate la pulak skrg ni....dari abejo, ke topinasi, ke dik qieqie
edited: abejo yg kelate, wife dia sarawak...maafkan ambo
Quote annabellaruz2 16-11-2021 11:47 AM
mamaneesa replied at 16-11-2021 12:38 PM
trend minah kelate la pulak skrg ni....dari abejo, ke topinasi, ke dik qieqie

abejo bini sarawakian ke kelantanese?

Quote mamaneesa 16-11-2021 11:48 AM
annabellaruz2 replied at 16-11-2021 11:47 AM
abejo bini sarawakian ke kelantanese?

eh sarawak, dia yg kelate....hahahah...maapkan saya
Quote lasagna 16-11-2021 11:50 AM
haaaaaa kan dah kata aritu, iols soh tayang bakal bini, finally tunjuk bertudung suda.. alhamdulillah.
Quote dudaberhias 16-11-2021 11:53 AM
Ha'ah la ada iras2 hanis zalikha sebab dua2 mempunyai dagu pembuka tin biskut cap tip tap keluaran biskut tigers.
Quote Kurex 16-11-2021 12:16 PM
Bakalan sendu
Quote meteorspeed 16-11-2021 12:19 PM
Muda betul dik kawinn...
Quote tootii 16-11-2021 12:26 PM
moga bahagia adik2 sekalian ..
Quote nakkomenjugak 16-11-2021 01:42 PM
Muka basic macam biasa
Bertudung sebab bakalan kawen
As usual
Semoga berkekalan
Quote ekmal_sorrow 16-11-2021 01:48 PM
muka mcm kena paksa pakai tudung je. dah nko nk kawim dgn retis bbnu bajet bagus. mmg mendapat la.
Quote tuntasha 16-11-2021 02:03 PM
Macam mana bini dia terasa nanti eh nak comolot laki dia gigi veneer besau chiclets tu
Quote kechikchomel 16-11-2021 02:12 PM
baru 19 tahun ka??? ingatkan dah 20++
tahniah n selamat pengantin baru!
Quote DayangKirana 16-11-2021 02:19 PM
muda2 dh bertemu jodoh and decided to settle down early.
baguslah...
jangan jadi mcm hero sorang tuh..
hujung2 makin kepam.. kawin nye ntah bile.
Quote red_velvet 16-11-2021 02:29 PM
Mudenya dikkkkkkkk..... Tak rasa rugi ke kawin awal.. tapi yelah dah jodoh kan.... Terasa tua pulak hakak tengok budak2 muda poen baru nak belajar bervulu dah kawin...
Quote mizruncing 16-11-2021 02:35 PM
mak aii muda giler. aku plak ghisau hahhaa dah mcm2 budak2 plak yg kawen
Quote innocent_me 16-11-2021 02:57 PM
tak sama pong, gaya je sama dgn keknis.
btw macam tak bangga pun disamakan dgn keknis

Lihat semua komen(141)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.045815 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top