CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Toleh Kiri Kanan, Murid Nyaris Dilanggar Ketika Melintas Jalan Di Depan Sekolah

16-11-2021 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3961| Komen: 27

Tindakan seorang murid perempuan melintas jalan ketika keadaan jalan raya sedang ‘sibuk’ mengundang pelbagai reaksi pengguna di laman sosial.

Aksi murid terbabit yang dirakam melalui kamera papan pemuka sebuah kereta itu memaparkan dia sedang berlari melintasi jalan dipercayai selepas keluar dari sekolahnya.

Lebih mengerikan, murid terbabit tidak menoleh ke kiri dan kanan jalan sebelum melintas dan kelihatan hanya berlari di celah-celah kenderaan yang sedang bergerak.



Namun, nasib kanak-kanak itu agak baik kerana dia tidak dilanggar meskipun keadaan jalan ketika itu agak sesak.


Difahamkan kejadian tersebut dirakam dihadapan sebuah sekolah di sekitar negeri Terengganu, namun lokasi tepat dan tarikh kejadian tidak dapat dipastikan.

Susulan perkongsian tersebut, kejadian itu telah mengingatkan pengguna laman sosial tentang kejadian yang telah menimpa seorang murid perempuan di Sepang beberapa hari lalu yang meninggal dunia akibat di langgar sebuah van di hadapan sekolahnya.

“Teringat video arwah budak kena gilis van tu, janganlah kejadian seperti ini berulang, sedih dan ngeri,” tulis Il Ham di ruangan komen.

Turut meninggalkan komen adalah seoramg lagi pengguna dikenali sebagai Luqman N. Zalikha.

“Trauma kes arwah adik yang berusia 7 tahun kena langgar van itu tak habis lagi awak pula main melintas macam tu, seriau tengok,” katanya.

Pada masa sama, pengguna turut mengecam tindakan sesetengah ibu bapa yang suka membiarkan anak-anak melintas jalan sendiri tanpa pengawasan orang dewasa.

“Ibu bapa pun satu, turun kereta pun tak, nak duk dalam aircond kereta, anaklah yang berlari kat kereta, aku perhati je masa ambil anak sekolah.

“Jika apa-apa berlaku mula la salahkan ‘security’ la,sekolah la, tapi salah dia tak sedar,” tulis Exus Art di ruangan komen. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RinIna 16-11-2021 11:26 AM
Woiii siapa mak pak bodoh ni... sanggup kau biarkan anak mlintas masa jalan sesak. Tak syg anak ke hooii!!!
Quote Artemesiaa 16-11-2021 11:27 AM
Eloklah diadakan hari keselamatan jalanraya di sekolah.  Murid2 mungkin dah ramai mula lupa cara jaga keselamatan diri dijalanraya.
Quote kemaruk 16-11-2021 11:35 AM
yang bawak kereta pon selalu gak tak toleh kiri kanan bila nak tukar lane
Quote chazey 16-11-2021 11:37 AM
kemaruk replied at 16-11-2021 11:35 AM
yang bawak kereta pon selalu gak tak toleh kiri kanan bila nak tukar lane

Kertu belaka pula tu kan.
Quote chazey 16-11-2021 11:37 AM
Btw, akak percaya kanak2 ini ada ADHD.
Quote elnor_81 16-11-2021 12:23 PM
Kebykn parent mmg biar ank ke kereta sendri. Sbb tu skolah aku saja je letak anak kt dlm skolah. Mak ayh kena jemput ank kt pagor skolah. Parent bising mula2 dulu, tp kitorg ckp demi kebaikan bdk. Skolah aku penah jd kes bdk hampir kena culik. Nasib baik dh bsr n pandai lawan balik. Jd nk elak kejadian tu berulang, mak ayh kena amik. Kecuali yg jalan kaki balik, mak ayh kena buat surat yg nyatakan bdk tu balik jalan kaki.
Quote Jitu 16-11-2021 01:07 PM
sbb tu selalu di ingatkan jgn bawak laju kat tmpt2 mcm ni
biar lambat asal selamat
sekian dari pesanan khidmat masyarakat

Quote johan-adx 16-11-2021 01:36 PM
kesian klu jd apa2
Quote Kitty_catz 16-11-2021 01:44 PM
haku pun masa umo 7,8 penah langga muto kes sama,.. naseb tuhan panjangkan nyawa
Quote makadek 16-11-2021 01:51 PM
Budak ni macam ayam melintas jalan kalut
Kan pernah ade iklan ayam lintas jalan

Laki aku cukup marah kalau pggil budak2 tgh kayuh sikal tkut time diorg lintas tk tgk kiri kanan dah
Quote KamikuP 16-11-2021 03:21 PM
Mohon diadakan kempen keselamatan jalanraya di sekolah2 dan juga disiarkan iklan kempen di media massa. Pak menteri atau PU takanak buat ke? Kang bbnu buat kang korang sibuk komplen
Quote Skuau 16-11-2021 04:22 PM
sabtu ni..PIBG kena meeting..yer....
Quote BeskotCekelat 16-11-2021 04:42 PM
Kat sekolah ada subjek Jalanraya untuk budak2 darjah 1. Mungkin budak tu dulu tidoq waktu cikgu mengajar kot, ataupun tak masuk google meet.
Quote sepertiitu 16-11-2021 05:00 PM
Seriau meols tengok video tu. Tapi jalan tu, jangankan budak, mak bapak budak, sekali dengan motor pun ramai main lintas gitu, macam orang takde otak. Bila kena langgar nak salahkan kereta puihh
Quote edayildiz 16-11-2021 09:30 PM
i pernah kena langgar ngn muto ..nak lintas jln dpn sekolah xtgk kiri knn..kena langgar ngn muto .tergolek jer.i yg kena langgar tergolk..pastu ramai lak yg kerumun i bgn terus blahh sbb xcedera pun..
Quote loveammar 16-11-2021 09:33 PM
jalan situ mmg jalan utama bandar.....jam 12-2 time kemuncak org kuar rehat ngan amik anak sekolah..pintu pagar betul2 depan jalan raya. patutnye pintu sekolah tu kena tukar duk blkg, bkn duk depan jalan raya yg sibuk...dok bercampur lg mak bapak suke parking kete tepi jalan line kiri, jd bile traffic light dh tukor hijau lorong bleh gune satu je belah kanan.....byk sgt dh kes mcm ni bdk2 suke2 je melintas area sekolah tu.
Quote ninnamina 16-11-2021 10:53 PM
Satu kan iols x faham kenapa sekolah kebangsaan kebanyakannya xda tempat menunggu utk kereta, van, bas ek? Lepas pagar sekolah terus jalan raya.
Kalau tengok sekolah cina siap ada kawasan
parking bas.
Quote akies 16-11-2021 11:04 PM
Huhu..seriau tgk..
Pihak sekolah takde upah guard ke RELA ke utk bantu anak2 ni lintas ke sekolah?
Quote kakikuDibibirmu 17-11-2021 12:43 AM
Kelab Keselamatan Jalanraya tersenyum sinis

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.070026 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top