Persalinan yang digayakan pengacara popular, Awal Ashaari pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34), Sabtu lalu mencuri perhatian peminat kumpulan K-Pop popular dari Korea Selatan, BTS.
Awal menyarungkan sut Louis Vuitton Fall/Winter 2021 yang pernah digayakan anggota kumpulan itu, J-Hope. Awal berkata, baju itu diterbangkan khas dari Paris, Perancis daripada koleksi Louis Vuitton Fall/Winter 2021 untuk digayakan pada ABPBH 34. "Saya pun tidak tahu yang baju ini dipakai oleh seorang anggota BTS, cuma saya dapat tahu apabila ada orang 'forward' di Twitter. Saya pun terkejut juga bila bukan saja baju sama, rambut pun sama juga. Sangat kebetulan.
"Apa yang pasti baju ini diterbangkan khas dari Paris iaitu koleksi Louis Vuitton Fall Winter 2021 untuk saya pakai pada ABPBH 34. Saya seronok sebab dapat bereksperimen dan terharu apabila peminat menghargai gaya itu. Okaylah, ini BTS Melayu," katanya kepada Harian Metro.
|
ADVERTISEMENT