CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Afieq Shazwan Tak Jadi Kahwin Muda, Asyik Kena Reject Dengan Wanita

16-11-2021 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2684| Komen: 6

Pelakon dan penyanyi, Afieq Shazwan, 24, pernah berhasrat mahu berkahwin muda sebelum ini dengan wanita berusia 28 tahun tetapi impian itu musnah.

Afieq berkata, dia yang sudah beberapa kali ditolak wanita dan gagal dalam perhubungan cinta, bagaimanapun tidak patah hati dan berasa serik.


Foto: IG

"Ini kerana rezeki jodoh belum sampai. Saya sekarang mengikut arus saja apa yang ditetapkan Allah dalam hidup ini. Kalau jodoh sampai cepat, saya akan kahwin tapi jika belum lagi pun tak mengapa. Apapun, persediaan untuk diri sendiri sudah saya lakukan.

"Ini kerana sebagai lelaki dan bakal menjadi ketua keluarga, saya selalu diingatkan untuk mempersiapkan diri dari pelbagai sudut kerana tanggungjawabnya besar nanti. Apapun, urusan jodoh ini kerja Allah dan biar Dia yang tentukan," katanya.




Afieq yang kini tampil dengan drama Diari Seorang Suami di TV3 berkata, dia melihat dalam ikatan perkahwinan sebenarnya paling utama adalah persefahaman, kematangan dan sesama pasangan tahu mengawal ego.

"Untuk saya, berkahwin pada usia muda pun tak salah juga, namun sesama pasangan kena ada persefahaman. Sama ada suami atau isteri, perlu seiring bersama-sama dalam segala hal dan tidak terlalu ego," katanya.

Melakonkan watak Hairi yang berkahwin muda ketika berusia 19 tahun dalam drama itu, Afieq berkata, dia kini berhadapan kecaman netizen kerana kahwin lari tanpa restu keluarga.



"Rentetan dari drama ini, saya dimarahi seorang makcik ketika menjayakan satu persembahan di Pulau Pinang, baru-baru ini kerana dia geram dengan Hairi yang sanggup bawa lari anak gadis orang untuk berkahwin.

"Saya hanya berlakon saja watak itu dan realitinya berbeza. Saya pun tak tahu jodoh akan sampai bila dan sudah tentu tidak akan kahwin lari kerana restu ibu bapa sangat penting," katanya.



Drama Diari Seorang Suami sudah ditayangkan mulai 12 November lalu di slot Lestary, jam 9 malam dari Rabu hingga Sabtu, menggandingkan Afieq dengan Yuna Rahim sebagai watak utama pasangan berkahwin muda. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 16-11-2021 12:02 PM
so kiranya wani kyrie friendzone heols la ya? ke cemana?
Quote dudaberhias 16-11-2021 12:09 PM
Muka rempit2 macamni memang la kene reject dekkkkk dah rhoperrr ambil gambar gitu pun macam tukang bancuh simen jiran acik gomen jah... Dia sebenarnya poket pun kena kepuk2 macam qiemqiem confirm berkepuk2 cikki mendekati, lepastu ada la sesi mak bapak culik anak untuk dapat pampasan, hati2 dikkk... Bina bunker siap2 bawah umah
Quote KamikuP 16-11-2021 01:02 PM
Dia ni nnti byk citer psl kawin awek kawuin awek.. kene rijek sampai le AJM
Quote holothurian 17-11-2021 05:04 AM
disebabkan muka dia nie mcm muka budak office aku yg aku meluat,buat mcm2 hal,acah good2.. jadi,dia nie pun aku tak berapa suka.. kesian ko dik,xmemasal..
Quote ashcroft86 17-11-2021 07:54 AM
Heols family well-off jgakkan? Ada mcm ladang haiwan. Pada weols, heols ok ja. Suara pon not bad. Hi Afieq!
Quote asfaz 17-11-2021 08:02 AM
KamikuP replied at 16-11-2021 01:02 PM
Dia ni nnti byk citer psl kawin awek kawuin awek.. kene rijek sampai le AJM

Boleh la pasangkan dgn zulin terdampar

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.089509 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top