Seorang remaja berusia 16 tahun bukan sahaja dikahwinkan dalam usia terlalu muda, bahkan mendakwa dirogol 400 lelaki sejak enam bulan lalu di daerah Beed, Maharashtra.
Lebih menyedihkan apabila mangsa dieksploitasi secara seksual walaupun cuba memfailkan aduan kepada seorang anggota polis dan kini hamil dua bulan, lapor India Today. Selepas remaja itu membuat aduan kepada pihak polis minggu ini, kes didaftarkan di bawah Akta Larangan Perkahwinan Kanak-Kanak, Akta Perlindungan Kanak-Kanak dari Serangan Seksual dan kesalahan rogol di bawah Undang-Undang Jenayah India.
Superintenden Polis di Beed, Raja Ramasamy berakta, seramai tiga orang ditahan berhubung kes tersebut. Katanya, ketika remaja itu membuat aduan, dia kehilangan ibunya setahun lalu. Ayahnya kemudian mengaturkan perkahwinannya lapan bulan lalu. Bagaimanapun, mangsa mendakwa dibelasah dan disakiti suami dan iparnya. Disebabkan penganiayaan itu, dia melarikan diri dan kembali mencari bapanya. Namun, bapanya enggan menerimanya dan dia terpaksa mengemis di stesen bas di Ambajogai di daerah Beed. Di situlah bermula episod hitam dalam dirinya apabila dieksploitasi secara seksual. “Saya didera ramai orang. Saya pergi ke balai polis Ambajogai beberapa kali untuk membuat aduan, namun, pihak polis langsung tidak mengambil tindakan terhadap pelaku. “Sebaliknya, saya yang diserang pihak polis,” luahnya. Sumber: Utusan
|
buragazz replied at 16-11-2021 01:13 PM
Dah memang nagara ko tu hauk.. nak buat macamana lagi... aku simpati je dengan perempuan kasta renda ...
TOPwind replied at 16-11-2021 06:51 PM
kasta yg disebut tu kat Tanah Melayu boleh jadi menteri
tapi peragai tetap tak berubah.
makadek replied at 16-11-2021 04:00 PM
Purata 1 hari kena rogol dgn 66 org
Tak mati kering lak
Sian nyaaaa..siyes ah tak rabak
ADVERTISEMENT