CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perancis Tukar Warna Bendera

17-11-2021 06:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6267| Komen: 75

Pejabat Presiden Perancis, Emmanuel Macron dilaporkan menukar warna biru pada bendera kebangsaan negara ini yang dikibarkan di sekitar Istana Elysee.

Warna biru pada bendera tersebut digelapkan untuk kelihatan seperti selepas revolusi Perancis.


Kredit foto: Time News

Lapor The Guardian, pembantu presiden memaklumkan perubahan itu berlaku pada Julai tahun lalu dan tiada sesiapa menyedari perkara tersebut sehingga kini.

Tentera laut Perancis menggunakan warna biru laut sejak abad ke-18 apabila bendera mula menjadi simbol revolusi.


Perancis memperkenalkan bendera kebangsaannya dengan warna biru lebih terang pada tahun 1970-an.

Berdasarkan laporan stesen radio Europe 1, langkah tersebut digalakkan oleh pengarah operasi kepada Macron, Arnaud Jolens dan penasihat Bruno Roger-Petit dengan dorongan daripada pegawai tentera laut yang membentuk ketua kakitangan tentera Elysee pada masa itu.

Menurut pegawai, warna biru laut dianggap lebih elegan namun mereka juga merasakan ia ‘bersambung semula dengan simbol revolusi Perancis’.     


Kredit foto: Getty Images

Beberapa pihak lain pula mempunyai teori berlainan antaranya warna biru lebih gelap yang nyata berbeza dengan tona biru pada bendera Kesatuan Eropah (EU) menandakan keretakan antara Perancis dan Eropah.

Sementara itu, pembantu presiden menafikan dakwaan kononnya perubahan berkenaan menandakan ‘penentangan terhadap warna biru yang digunakan pada bendera Eropah’.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mclaren 17-11-2021 06:28 PM
Digging the new color. Macam classy ke apa tak tahu nak describe.

Kenapa lah negara ni pilih letak bintang 14 bucu dengan bulan sabit, punya sakit hati masa sekolah rendah bila kena lukis bendera. Benci tengok hasil tak symmetrical tapi memang dah padam lukis banyak kali sampai berbekas kertas tu pun tak jadi macam gambar dalam buku
Quote makadek 17-11-2021 06:31 PM
Lntak ke dia tk tuka apa pn bkn bole menyenangkan kita
Quote anakjiran 17-11-2021 08:42 PM
mclaren: Digging the new color. Macam c ...


Aku bangga dan rasa bendera Malaysia paling cantik di dunia.. Dua bendera je yg hampir sama dengan kuasa besar dunia no 1.. US
Quote ChildrenOfBodom 17-11-2021 08:58 PM
Sacré bleu
Quote dani-rox 17-11-2021 08:58 PM
mclaren replied at 17-11-2021 06:28 PM
Digging the new color. Macam classy ke apa tak tahu nak describe.

Kenapa lah negara ni pilih letak  ...

kan... trauma lite2 dibuatnya



the struggle is real hahaha
Quote che-cikL 17-11-2021 08:59 PM
mclaren replied at 17-11-2021 06:28 PM
Digging the new color. Macam classy ke apa tak tahu nak describe.

Kenapa lah negara ni pilih letak  ...

Iols setuju pasal susah nak lukis bendera tu hahha...

Sesekali iols juga rasa kecewa kenapa bendera kita tu, masa dipertandingkan dulu, pilih design yg macam America punya jalur. Pastu Mohamed Hamzah tu sebenarnya warnakan jalur tu warna biru. Tapi pihak berkuasa yg tukar jadi merah, lagilah serupa.
Quote dani-rox 17-11-2021 09:00 PM
tengok bendera revolusi Perancis, terngiang2 telinga nih lagu Viva La Vida Coldplay

[youtube]cPAdtewyEig[/youtube]
Quote edayildiz 17-11-2021 09:02 PM
bendera negara lain senang jer kalau hari merdeka student dorg yg ala2 lebam pun blh lukis kheun
Quote Decaffeinated 17-11-2021 09:41 PM
che-cikL replied at 17-11-2021 08:59 PM
Iols setuju pasal susah nak lukis bendera tu hahha...

Sesekali iols juga rasa kecewa kenapa bende ...

Pasal jalur merah putih tu ada at least 2 versi explanation.

satu teori dari British East India Company satu lagi jalur merah putih Majapahit yg coincidentally (?) juga digunakan Indonesia, Singapore dan UMNGOK (not to mention Monaco & Poland terbalik). Having said that, I have to agree the similarity between bendera US dgn Malaysia tu so glaring. Lain kalau ada bau2 union jack tu boleh juga nak konar bab sejarah.

Anyway pernah dulu Haiti dgn Liechtenstein tak sedar bendera sama sampai jumpa di olimpik Munich. Lepas tu balik baru modify bendera


Quote exclusive_vvip 17-11-2021 09:46 PM
mclaren replied at 17-11-2021 06:28 PM
Digging the new color. Macam classy ke apa tak tahu nak describe.

Kenapa lah negara ni pilih letak  ...

Hihi..iols dari dulu x berapa nak proud sgt dengan design bendera kita..sbb rasa mcm x berapa asli sgt sbb ala2 ditiru dari bendera AS jah
Quote mclaren 17-11-2021 09:57 PM
exclusive_vvip replied at 17-11-2021 09:46 PM
Hihi..iols dari dulu x berapa nak proud sgt dengan design bendera kita..sbb rasa mcm x berapa asli ...

Masa tahun 1 still tak tahu bendera Amerika macam mana rupa. Dah makin besar eh eh kenapa sama ye? Tak ori betul idea.
Quote Kurex 17-11-2021 11:05 PM
Kalau setakat tukar tukar tona warna, memang la orang tak perasan
Quote KIM.K 17-11-2021 11:07 PM
Sori aku color deaf
Yang mana biru yang baru?
Quote doubleharmonic 18-11-2021 12:19 AM
edayildiz replied at 17-11-2021 01:02 PM
bendera negara lain senang jer kalau hari merdeka student dorg yg ala2 lebam pun blh lukis kheun

student lebam? kena rotan dengan cikgu sebab tak reti lukis bendera kah? macam budak ni lebam2 gituh?

Quote ultra78 18-11-2021 12:25 AM
Decaffeinated replied at 17-11-2021 09:41 PM
Pasal jalur merah putih tu ada at least 2 versi explanation.

satu teori dari British East India C ...

Pada pendapat peribadi aku bendera Malaysia sepatutnya variant mcm indonesia, dengan warna merah dan putih. Bendera Singapura pun mcm tu. Tapi memandangkan design bendera Malaysia dipilih dari pertandingan melukis bendera maka aku malas nak komen mengenai taste juri pertandingan tu. Anyway design jalur merah putih tu asal-usul dari British East India Company. Jadi ada la unsur sejarah penjajah. Amerika pun copy bendera sama. Kenapa design tu boleh menang pun aku tak faham. Mungkin design lain lebih buruk?
Quote kakikuDibibirmu 18-11-2021 02:14 AM
Edited by kakikuDibibirmu at 18-11-2021 02:23 AM
ultra78 replied at 18-11-2021 12:25 AM
Pada pendapat peribadi aku bendera Malaysia sepatutnya variant mcm indonesia, dengan warna merah d ...


Bendera Sang Saka Malaya pusaka mulayu:

























ezgif-2-f4d8fb7a94c9.jpg

Quote Tinot7 18-11-2021 02:35 AM
mclaren replied at 17-11-2021 06:28 PM
Digging the new color. Macam classy ke apa tak tahu nak describe.

Kenapa lah negara ni pilih letak  ...

walopon dah terlambat, meh iols ajaq camne nak lukis mcm ori... pakai pensel 2b
amik kertas minyak yg see through.. pastu tekap kat gambaq bendera mesia.. lukis bahagian yg ada masalah nak dilukis, over garisan asal kat gambaq bawah tuh..
lepas dah tekap.. di sebalik kertas minyak tuh, kaler dgn pensel 2b atopon hb, pastu tekap atas buku yg nak kena lukis tuh.. go over the drawn lines. bila diangkap kertas minyak tuh, nnt nampak bekas pensel dan lukis semula. dapat la rupa bintang 14 bucu yg menepati citarasa..

sekian...

mende nih iols amalkan kalau ada gambaq yg iols tak reti lukis tapi kena buat.. takpun, pakai karbon paper.. tak tau la karbon paper masih dijual ke tak.
Quote tikusmontok 18-11-2021 03:28 AM
doubleharmonic replied at 18-11-2021 12:19 AM
student lebam? kena rotan dengan cikgu sebab tak reti lukis bendera kah? macam budak ni lebam2 git ...

Banjo dgn benjol pun tak tau beza, ini pulak lembam dgn lebam .. itupun gigih nak menyampuk sana sini ...aku itu, aku  ini ...
Quote pyropura 18-11-2021 03:32 AM
ultra78 replied at 18-11-2021 12:25 AM
Pada pendapat peribadi aku bendera Malaysia sepatutnya variant mcm indonesia, dengan warna merah d ...

Bendera kita sepatutnya warna biru dgn.bulan bintang kuning tu je. Jalur 14 tu dah redundant dgn.14 bucu bintang. Maksud warna merah & putih tu generic sangat, tak spesifik dlm.konteks local atau rakyat.

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.070559 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top