CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ebby Yus Pengsan Kena Serangan Jantung Apabila Pesawat Bergegar

17-11-2021 07:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5297| Komen: 26

Pelakon dan pelawak Ebby Yus berkongsi pengalaman cemas apabila mengalami serangan jantung akibat terkejut apabila pesawat dinaikinya bergegar ketika dalam perjalanan ke Makkah pada 16 Oktober lalu. 


Ebby berkata, disebabkan itu dia terpaksa ditahan di sebuah hospital di Maldives hingga terlepas peluang untuk mengikuti rombongan seperti dijadualkan.


Kredit foto: IG Ebby Yus

"Ketika kejadian kira-kira satu jam lagi nak tiba di Maldives untuk transit. Waktu itu saya bangun untuk ke bilik air tapi tiba-tiba berlaku gegaran yang kuat dalam pesawat hingga saya pengsan.

"Sebaik sedarkan diri 10 minit kemudian, saya lihat sudah ada beberapa orang di sisi saya. Waktu itu, anak kapal juga membuat pengumuman jika ada doktor atau jururawat yang boleh berikan bantuan.

"Mujurlah ada seorang jururawat dari Malaysia yang bekerja di Riyadh, Arab Saudi dan dia tolong berikan rawatan awal kepada saya. Tiba saja di Lapangan Terbang Maldives, doktor di sana beritahu saya perlu dibawa ke hospital dan tak boleh teruskan perjalanan," katanya.

Menurut Ebby, dia sepatutnya perlu ditahan di hospital untuk beberapa hari, namun disebabkan kos yang terlalu tinggi dia minta kebenaran untuk keluar awal.

"Saya hanya ditahan satu hari saja, kemudian saya ke lapangan terbang untuk membeli tiket ke Makkah tapi malangnya tiket tiada hingga kami terpaksa bermalam di Maldives selama empat hari.

"Apa yang menyedihkan saya tidak berpeluang ke Madinah sebab rombongan sudah ke Makkah pada hari kelima. Jadi, saya dan Ustaz Ashraf pun beli tiket terus ke Makkah.

"Saya anggap apa yang berlaku ini adalah satu ujian. Sepanjang berada di Makkah selama enam hari saya juga terpaksa menggunakan kerusi roda ketika melakukan tawaf kerana masih belum kuat sepenuhnya. Saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan walaupun perjalanan umrah kali kedua ini lebih memberi ujian," katanya.



Ebby sebelum ini mendedahkan dia mengalami penyakit gastrik kronik selain lemah jantung dan buah pinggang yang menyebabkan tidak boleh terlalu aktif bekerja dan perlu berehat.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 17-11-2021 07:31 PM
kesiannya semoga cepat sembuh dan sihat pak yusss... iols doakan... aminnn...
jaga pemakanan dan kalau boleh elakkan minum air banyak dan merokok...
semoga datin eina ada menemani di sisi...
Quote binisupir 17-11-2021 07:39 PM
semoga pak yus sentiasa sihat.
Quote sleepandream 17-11-2021 07:41 PM
mesti mahal bil hospital dekat maldives...
syukur semuanya selamat yach
Quote Incanto 17-11-2021 07:56 PM
dudaberhias replied at 17-11-2021 07:31 PM
kesiannya semoga cepat sembuh dan sihat pak yusss... iols doakan... aminnn...
jaga pemakanan dan kal ...

cehhh...last ayat tu

semoga ebby yus di beri keafiatan
Quote imanjannah 17-11-2021 07:58 PM
semoga cepat sembuh
Quote 3chanceno 17-11-2021 08:04 PM
Semuga cepat sembuh..syukur dapat jugak berangkat ke Mekah & lakukan ibadah di sana
Quote takayama 17-11-2021 08:06 PM
semoga cepat sihat dan diberi kesembuhan
jaga diri dan kesihatan lps ni
Bila dah x brp nak muda mmg kena jaga2
Quote beatgirlX 17-11-2021 08:07 PM
Semoga sentiasa diberikan kesihatan yg baik Pak Yus
Quote anakjiran 17-11-2021 08:33 PM
Otai lama ni. Dulu suka berlakon cerita silat sebab dia tok guru silat kalau tak silap
Quote che-cikL 17-11-2021 08:38 PM
Dia dipanggil PakYus ke uols? Macam lain je iols rasa. Arwah  Yus Jambu dulu setahu iols dipanggil Pak Yus dulu.
Quote KirazMevsimi 17-11-2021 09:44 PM
Allahuakbar. moga ALLAH beri kesembuhan, kuat, cepat sihat ya bang ebby yus. amin
Quote Mrdragon 17-11-2021 09:52 PM
Moga baik2 saja
Quote kechikchomel 17-11-2021 10:00 PM
Kalau kes macam ni, kalau amik travel insurance, boleh claim ke?
Quote Kurex 17-11-2021 11:01 PM
Iols gayat.. takut jugak kalau pengsan
Quote Tinot7 18-11-2021 12:04 AM
get well soon
Quote BuBuComey 18-11-2021 12:07 AM
Semoga pak yus kekal sihat
Quote awenda507 18-11-2021 12:51 AM
Get well soon
Quote Kadbaru 18-11-2021 03:23 AM
Get well soon
Quote downiey 18-11-2021 06:29 AM

Get well soon eby yus

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.127213 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top