Portugal melarang majikan daripada menghantar mesej teks dan menghantar e-mel kepada kakitangan di luar waktu bekerja sebagai sebahagian daripada undang-undang baharu yang digelar “hak untuk berehat”.
Langkah itu diperkenalkan oleh parti sosialis sebagai tindak balas kepada peningkatan kes bekerja dari rumah sejak pandemik Covid-19. Syarikat yang mempunyai lebih daripada 10 kakitangan boleh dikenakan denda jika mereka menghubungi pekerja di luar waktu kontrak kerja mereka. Terdapat juga peraturan baharu untuk membenarkan kakitangan yang mempunyai anak kecil supaya bekerja dari rumah. Ibu bapa akan dibenarkan bekerja di rumah selama-lamanya tanpa mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada majikan mereka sehingga anak mereka berumur lapan tahun.
Dan syarikat juga mungkin perlu menyumbang kepada bil isi rumah yang lebih tinggi daripada seperti bil elektrik dan kos internet. Walau bagaimanapun, beberapa elemen pakej itu tidak diluluskan oleh parlimen Portugal, termasuk “hak untuk memutuskan sambungan” yang membenarkan kakitangan mematikan semua peranti kerja di luar waktu. Menteri Buruh dan Keselamatan Sosial Portugal, Ana Mendes Godinho, memberitahu semasa persidangan di Lisbon minggu lalu bahawa bekerja dari rumah boleh menjadi ‘game changer’ dalam menjalani kehidupan dalam norma baharu tetapi ianya perlu dikawal. Beliau juga berharap akta perlindungan buruh yang dipertingkatkan akan menarik lebih ramai warga asing ke negara tersebut. Portugal sudah mempunyai skim visa pemastautin sementara yang direka untuk menarik usahawan dan pekerja bebas seperti di kepulauan Madeira yang mempunyai “kampung nomad digital”, dengan wifi percuma serta kemudahan asas pejabat. Beberapa negara lain telah memperkenalkan apa yang dipanggil “visa nomad digital”, berbanding permit pelancongan standard, termasuk Barbados dan Croatia. Sumber: Suara Merdeka |
edayildiz replied at 17-11-2021 10:22 PM
wah bgs lah hak utk berehat..kita berhak utk berehat...
masa kerja tmpt lama dulu mlm kul 1 pun bos ...
Firenzza replied at 17-11-2021 11:41 PM
Klau kt sini siap la esok kena ceramah free2 klau staff x angkat tpon boss even pkl 12 am
ladybugz replied at 18-11-2021 05:58 AM
bos kena faham yg staff adalah manusia yg ada ups and down nya. ada urusan yg banyak selain kerja se ...
stingerfossils replied at 18-11-2021 05:08 AM
Aku pulak the reverse....staff yg call aku....
Tanya what need to do extras the following day.... ...
Perawankota replied at 18-11-2021 04:48 AM
Tmpt keje lama aku, tak kira time nak wasap.. Kalau x reply, dah mcm buat dosa besar. Tak reply wasa ...
bottombikini replied at 18-11-2021 08:40 AM
kenapa aku rasa boss kekome begitu kejam
boss aku mmg WA / call bila2 yg dia suka
cmf_premierleag replied at 18-11-2021 09:19 AM
bos lama aku lg celaka
ms WFH pkp tu, dia htr wassap kul 10.15am
pastu kul 10.17am dia tanya apsal ...
ADVERTISEMENT