Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad menjelaskan para ulama bersepakat tidak boleh berdoa ketika sujud menggunakan selain bahasa Arab.
Bahkan, katanya, ulama bersepakat perkara itu dapat membatalkan ibadah solat. “Yang berbahasa Indonesia, berbahasa asing selain bahasa Arab ulama sepakat adalah batal. Yang berbahasa Arab adalah ikhtilaf kerana ada sebahagian ulama mengatakan batal, sebahagian lain tidak. “Ulama bersepakat doa yang matsur ada dalam al-Quran adalah sunnah yang boleh dibaca,” katanya seperti dilaporkan Tribunnews.
Pada dasarnya, tiada ikhtilaf atau perbezaan pendapat para ulama mengenai syariat doa dalam sujud. Namun begitu, ulama berbeza pandangan mengenai doa dalam sujud terhadap tiga perkara itu, bahasa yang digunakan, doa yang matsur dan doa berbahasa Indonesia. Menurut Abdul Somad, tidak semua umat Islam mampu mengingati doa-doa yang terkandung dalam ayat-ayat al-Quran. Bahkan, katanya, tidak semua orang mampu memahami bahasa Arab. Justeru, beliau menjelaskan dibolehkan membaca doa ketika sujud dengan menggunakan bahasa yang difahami. “Dengan syarat doa itu tidak diucapkan atau dilafazkan secara langsung dengan lidah, melainkan hanya dibaca dalam hati sahaja. “Meskipun dibaca dalam hati, kita tidak perlu bimbang apakah doa akan sampai atau sebaliknya. “Sebab Allah SWT. maha mengetahui atas segala hal yang tersembunyi, termasuk dalam batin seseorang,” jelasnya. Sumber: Utusan
|
FOTHER-MUCKER replied at 19-11-2021 08:06 PM
Untung lah bangsa Arab kerana rupanya tohan hanya paham bahasa mereka jewww!
ulartedung replied at 20-11-2021 03:10 PM
dalam syorga nanti semua orang bahasa arab,sapa tak reti bahasa arab pening la nanti
ulartedung replied at 20-11-2021 03:10 PM
dalam syorga nanti semua orang bahasa arab,sapa tak reti bahasa arab pening la nanti
chazey replied at 20-11-2021 02:42 PM
Tak universal rupanya agama Islam ini?
Matilah dikecam.
krustykrab replied at 20-11-2021 03:15 PM
No wonderla lg ramai duk dlm neraka...
Mungkin kat neraka sambil kena siksa tu ada kelas bahasa ar ...
Orix replied at 20-11-2021 04:53 PM
baca jela kumat kamit tp sepatah hapa tak faham pun tak apa khuenst
zacEfron replied at 20-11-2021 05:28 PM
paling senang jd melayu murtad..
segala maksiat bole buat
chazey replied at 20-11-2021 03:32 PM
Banyak lagi akak nak taip tapi akak withheld my comments.
chazey replied at 19-11-2021 10:42 PM
Tak universal rupanya agama Islam ini?
Matilah dikecam.
ADVERTISEMENT