CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM Cadang Gelaran Tun Najib, Tun Rosmah Kepada Agong?

19-11-2021 06:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7731| Komen: 69

Bukan hanya permohonan tanah bernilai RM100 juta kepada Datuk Seri Najib Razak sedang dipertimbang kerajaan, malah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menghantar nama bekas Perdana Menteri (PM) itu untuk diberi gelaran ‘Tun’.


Agenda Daily memetik sumber melaporkan boleh mengesahkan nama Najib dihantar PM kepada Istana Negara yang mencadangkan agar gelaran tertinggi negara itu diberikan kepadanya atas alasan pernah menjadi pemimpin nombor satu negara dan sebagai tanda penghargaan terhadapnya.


Kredit foto: The Sun Daily

“Nama Najib dihantar Ismail Sabri kepada Istana Negara untuk diberi gelaran Tun pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.


“Bagaimanapun tidak ada sebarang maklum balas dari Istana Negara berhubung cadangan nama Najib tersebut,” kata sumber.

Jelas sumber lagi, cadangnn nama Najib itu turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

Menurut sumber, satu lagi nama pemimpin negara yang namanya turut dihantar kepada Istana Negara untuk dipertimbangkan diberi gelaran tersebut adalah PM kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak istana.

Untuk rekod, Tun ialah anugerah gelaran tertinggi di Malaysia yang hanya boleh dikurniakan Yang di-Pertuan Agong yang setaraf dengan gelaran “Lord” di United Kingdom.


Kredit foto: IG Najib

Penerima anugerah ini akan menerima Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Seri Setia Mahkota (SSM).

Anugerah ini dihadkan hanya kepada 25 orang penerima sahaja, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

Kebanyakan penerima anugerah ini adalah pemimpin negara yang telah banyak menaburkan jasa kepada negara seperti PM. Penerima kedua-dua anugerah tersebut membawa gelaran ‘Tun’ dan isteri penyandang bergelar ‘Toh’.

Bersempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong pada 13 November baru-baru ini, seramai 1,207 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran “Tun” kepada bekas Ketua Hakim Negara Richard Malanjum dan bekas Pengerusi Kumpulan Felda Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali.


Sumber: Suara Merdeka


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zidane_ziege 19-11-2021 07:04 PM
KIV ke masuk tong sampah itu permohonan?
Quote kakikuDibibirmu 19-11-2021 07:14 PM
Atokcow ijau 96 tahun tersenyum sinis
Quote tripleid 19-11-2021 07:23 PM
Perasan dirinya hebat, ‘selamber’ je peguam wanita ini londehkan Najib
Negaramerdeka.com
October 26, 2021 10:49 am

[fbp]https://www.facebook.com/liyana.marzuki.779/posts/415678909946245[/fbp]


Ada seorang ex-PM katanya kita ni rindu kan zaman BN. Alahai… malu2 kucing pulak. Sebenarnya nak cakap Rakyat rindu zaman dia.

Dalam FB ditunjukkan dialah PM terbaik Malaysia. Walhal pernah dinamakan Menteri Kewangan terteruk di Asia.


Dari segi ekonomi, jenuh juga team media dan cytro berbayar dia sebarkan propaganda dan spin-menyepin. Kononnya, dia yang paling pandai jaga ekonomi.

Makanya, hari ni saya bentangkan FAKTA (bukan AUTA) mengenai Malaysia sepanjang beliau memerintah.

(i) Kadar KDNK Pertumbuhan negara
Purata 5.4% dari tahun 2010-2018, berbanding 9.5% (tahun 1988-1996).

(ii) Ranking Eksport global
– Dari tangga ke-18 dalam dunia (2004) turun ke tangga 23 (2010) dan turun lagi tangga ke-26 (2018).
– Sebagai perbandingan Vietnam tangga ke-50 (2000) sekarang telah mendahului kita di tangga ke-22. Thailand juga potong kita pada tangga ke-25.

(iii) Pelaburan Langsung Asing (FDI)
– Daripada menjadi antara destinasi utama pelaburan asing pada awal tahun 2000, namun bermula sejak tahun 2016 Malaysia merudum dari segi FDI.
– Singapura, Thailand dan Indonesia jauh meninggalkan kita. Sejak tahun 2015 juga, negara Vietnam yang dulunya ke belakang, sekarang melonjak FDInya mengalahkan Malaysia.

(iv) CPI- Kadar Kuasa Belian Pengguna
– Mengikut Jabatan Statistik, kuasa beli isi rumah menyusut 16.7% berbanding 10 tahun lepas.
– Ini bermakna harga barang makin mahal sejak pengenalan GST dan kita kurang daya membeli.


(v) Ekuiti korporat warga tempatan
– Pemilikan ekuiti Bumiputera jatuh dari 23.4% (2011) kepada 16.2% (2015).
– Pegangan ekuiti bukan Bumiputera menurun dari 34.8% kepada 30.7% dalam tempoh yang sama.
– Untuk perbandingan, pemilikan ekuiti warga asing meningkat dari 37.2% kepada 45.3%.

(vi) Tanah Rezab Melayu tinggal 12% sahaja sebagaimana yang dilaporkan pada awal tahun 2018.

Ini bukan sendiri bikin punya statistik. Ini semua data keluaran Kerajaan UMNO sekarang, boleh semak dalam Laporan RMK-12 dan statistik Jabatan Standard sendiri. Malah kalau rajin boleh google saja untuk tahu kedudukan Malaysia berbanding negara lain.

Yang dia dok spin, kononnya zaman dia KLSE paling baik. Selalu la team dia cakap capital market bull run masa dia memerintah.

Sebenarnya, indikasi ekonomi pakai pasaran saham hanya berbentuk sentimen dan boleh dimanipulasi. Lagi satu, pasaran saham ni yang buat untung hanya golongan kayangan, benefitnya selalunya sangat payah sampai ke golongan marhein.

Makanya jangan la dipercayakan ex-PM kita yang selalu angkat bakul sendiri. Banyak yang propa dari yang benar.

Yang kita hendak negara kembali ke zaman bilamana Malaysia digelar Tiger of Asia.

Takde maknanya kita rindu zaman BN dia, bila Malaysia digelar Kerajaan Kleptokrasi terteruk dalam sejarah dunia.





Quote Firenzza 19-11-2021 07:29 PM
Apa nk jd dgn tanahairku....piem yg mhkmh dh jatuh hukuman dpt tanah dpt gelaran tun.....


Ada macai2 yg blh share negara lain yg bagi itu ini pd piem diorg?
Quote MissYouSayang 19-11-2021 07:44 PM
Banyak masa betul la si mael ni.tak habis2 lagi dok bantu bijan. Yela bantu bijan , bodek bijan dpt lah si mael ni kekal jadi pm tp kalu bantu org miskin, x dpt apa2 ,buat rugi duit je nak kena kuar belanj.
Quote stingerpicnic 19-11-2021 07:49 PM
MissYouSayang replied at 19-11-2021 07:44 PM
Banyak masa betul la si mael ni.tak habis2 lagi dok bantu bijan. Yela bantu bijan , bodek bijan dpt  ...

hari ini dlm sejarah rasanya...brlum pernah dibuat manusia...yg masih punyai kes mahkamah berjela jela dan satu hukuman salah telah pun dijatuhkan(menunggu rayuan),diberi penghormatan gelaran TUN...

nak kimarkkk kheun atau pala bu toe kheun?
Quote noor2 19-11-2021 08:03 PM
Mail ni x sesuai jadi piyem....
Quote mejaputih 19-11-2021 08:06 PM
Kenapa mail begitu menjaga kebajikan najib dan rosmah? Rakyat2 semua dah kaya raya ke?
Quote edayildiz 19-11-2021 08:09 PM
mnympah pulak ngn ayh dafi ni
Quote kerabuBiru 19-11-2021 08:25 PM
Mail ni dah buang tabiat ko.,.banduan penjenayah nak Kena bagi macam2 ... Laki bini ni sesuai bagi gari sorang satu Dan masuk jail cepat2...nnt keluar boleh geng bangnon jadi bekas banduan
Quote alesandra 19-11-2021 08:30 PM
patutnya pencen pm pun dia x  patut dapat.ini siap dapat kemudahan  escort polis sampai masuk jail.gila punya perangai barua
Quote ladybugz 19-11-2021 08:44 PM
pm yg paling fail setakat ni. org tgh bergelut dgn covid ni kau sibuk la duk bela 2 makhluk tu. sapa la yg jatuhkan muhyiddin dulu beria. korang  tgk la si sabri dah mcm najib junior dah. langsung jd org suruhan geng2 pengkhianat negara.
Quote rashiman 19-11-2021 08:45 PM
Edited by rashiman at 19-11-2021 10:51 PM

korang nie tak puas2 lagi buat fitnah ke.... mana ada najib dpt gelaran Tun...
Quote rashiman 19-11-2021 08:49 PM
alesandra replied at 19-11-2021 08:30 PM
patutnya pencen pm pun dia x  patut dapat.ini siap dapat kemudahan  escort polis sampai masuk jail.g ...

sabar....tunggu dulu keputusan mahkamah....jika bersalah, bolehlah ditarikbalik kemudahan sebagai bekas PM, jika tak bersalah, kenalah bagi kemudahan sebagai  bekas PM termasuklah gelaran Tun dll.
Quote naina 19-11-2021 08:52 PM
Firenzza replied at 19-11-2021 07:29 PM
Apa nk jd dgn tanahairku....piem yg mhkmh dh jatuh hukuman dpt tanah dpt gelaran tun.....



Kan. Peliklaaa
Kalau kat Korea utara harus kenyang anjing2 sana dibagi makan dua makhluk pengkhianat negara ni.
Marhaen curi tak sampai rm1k pun kena denda penjara bagai cepat je hukumannya
Quote musangbodoh 19-11-2021 08:54 PM
ladybugz replied at 19-11-2021 08:44 PM
pm yg paling fail setakat ni. org tgh bergelut dgn covid ni kau sibuk la duk bela 2 makhluk tu. sapa ...

pak mail tu proxy je...kte tggu je agenda lain
Quote nolya 19-11-2021 10:58 PM
Astagfirullahal azeem........Kepelikan apekah ini. Itulah yg dikiaskan orang tuah ayam dpt dilihat, tuah manusia tak dijangka2. Benar2 Malaysia boleh.
Quote creep_bite 19-11-2021 11:11 PM
Mail ni tak sesuai jd PM...
Quote chazey 19-11-2021 11:12 PM
Banduan pertama dalam sejarah mendapat gelaran Tun. Mareshia boreh!

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.053894 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top