CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Destinasi Staycation Paling Cool Dan Rare Di Malaysia! Hidupkan Kereta, Jom Jalan!

23-11-2021 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 41098| Komen: 12

Leganya! Hilang rasa gundah gulana di hati kebanyakan rakyat Malaysia, bagai hilang satu bebanan yang ditanggung selama ini apabila kerajaan mengumumkan kebenaran untuk pergerakan rentas negeri.


Selepas berbulan-bulan duduk di rumah, kereta tersadai tanpa berjalan jauh, yeah! Inilah masanya kebanyakan dari kita mengambil peluang untuk pulang ke kampung.

Tak kurang juga nak 'balas dendam' untuk bercuti ke sana dan ke mari! Maklumlah, dah lama terkurung inilah masanya untuk bebas untuk memandu ke sana sini lagi!

Kredit Foto: Libur.com.my

Dah ada idea nak ke mana? Alang-alang boleh berjalan, pastikan tempat yang dituju bakal menjadi kenangan yang terindah!


Ini antara staycation yang super cool dan rare buat anda yang nak bercuti-cuti!


1. Warisan Pahlawan Resort, Terengganu

Kredit Foto: Libur.com.my


Rasai keunikan seni bina tradisional Melayu asli di sini. Binaannya menggunakan dinding kayu dan beratapkan nipah atau rumbia.  Kalau OOTD berlatar belakangkan seni bina di sini sambil memakai baju Melayu dan baju kurung, memang terbaik! 
Terasa seperti kembali ke zaman silam pun ada kalau staycation di sini! Terdapat juga kolam untuk mandi manda.


2. Rumah Sungai Lenggong, Perak

Kredit Foto: Libur.com.my


Menginap di sini sangat mendamaikan sebab ianya betul-betul terletak di hadapan sungai. Nak mandi sungai, buka pintu je dah boleh terjun. 
Sungai tak dalam pula tu, sesuai untuk mereka yang nak bawa anak-anak. Untuk makan malam boleh sewa tempat BBQ dengan harga serendah RM15. Memang layan!


3. Rainforest Tree House, Johor

Kredit Foto: Tourism Johor

Saksikan matahari terbenam dan timbul di puncak pokok, memang rare. Bagi mereka yang suka merasai pengalaman yang lain dari yang lain, bolehlah menginap di penginapan berkonsepkan hutan ini. Percutian di sini sangat unik sebab dapat membuatkan anda berada dalam 'survival mood travel'.
Tak sesuai bagi mereka yang gayat atau takut nyamuk!


Dah rancang percutian, kemas baju untuk OOTD, eh tapi ingat ya sebelum semua ini perkara paling penting adalah memastikan kenderaan yang nak digunakan selamat dengan Castrol Magnatec!

Maklumlah musim pandemik sebelum ini menyebabkan ramai yang bertangguh-tangguh nak servis kereta.

Bahayanya jika kereta anda tak dihidupkan untuk tempoh yang lama, ia boleh menjejaskan bateri. 

Hakisan enjin juga boleh berlaku sekiranya kenderaan tidak digunakan untuk satu tempoh yang lama.

Sebelum memulakan apa-apa perjalanan, servis kereta anda dengan menggunakan minyak pelincir terbaik, Castrol Magnatec. 



Ia membantu mengurangkan masalah kehausan enjin sewaktu ia dipanaskan, dengan menyediakan lapisan tambahan perlindungan ke 'jantung' sesebuah kenderaan.

Ianya diformulasi untuk mencengkam bahagian enjin yang penting, di mana Castrol Magnatec menambah lapisan perlindungan dalam pemanduan anda.

Formula Castrol Magnatec dicipta khusus bagi pemanduan yang sering menimbulkan tekanan termasuk kerap terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Senang cerita, Castrol Magnatec menawarkan perlindungan berterusan dari saat enjin dihidupkan dan membantu mengurangkan masalah kehausan enjin ketika dipanaskan.



Sememangnya jenama minyak hitam ini amat popular di kalangan rakyat Malaysia kerana bersesuaian dengan kereta-kereta tempatan.

Ia menggunakan teknologi sintetik yang dapat melindungi enjin sewaktu kereta dihidupkan dan setiap perjalanan henti-gerak.

Minyak enjin jenama ini bergabung dengan molekul yang kuat  untuk melindungi komponen-komponen yang kritikal dalam enjin.

Menjaga kesihatan kereta bermaksud menjaga keselamatan anda dan yang tersayang di jalan raya!




Dah dapat perlindungan Castrol Magnatec, apa lagi hidupkan kereta dan enjoy staycation anda!

Maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Castrol. -CARI


2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Villiant15 24-11-2021 12:56 PM
wah...menarikk
Quote AvengersPanther 24-11-2021 07:00 PM
Yelah interesting. Cantik
Quote tipah89 25-11-2021 11:37 AM
iklan minyak rupa eh
Quote Artemesiaa 27-11-2021 11:31 AM
Sejak dua menjak ni makin ramai suka percutian macam ni back tu nature hutan sungai dan air terjun mungkin ramai dah mula muak dengan laut
Quote Rob07 13-12-2021 01:36 PM
best nih! boleh bawak anak sedara I  cuti2 sambil mandi manda [em:3:]
Quote merrissa 13-12-2021 01:54 PM

tau xpe...iklan lg pnjng dri artikel
Quote tipah89 14-12-2021 12:18 PM
merrissa replied at 13-12-2021 01:54 PM
tau xpe...iklan lg pnjng dri artikel

kan..gegeh i masuk ingat adala port or hidden gem yg xpernah jejak..sekali kena klepet iklan minyak ngopanya.

Quote puanbintang 17-3-2022 08:26 AM
cantiknya tempat2 tu walaupun nak promote minyak main artikelnya
Quote ally9970 17-3-2022 10:40 AM
Wahh!!! menarik nih... berapa rega minyak hitam tu?
Quote alyssaxkisah 28-2-2023 09:49 AM
Harga tak ditulis ke
Quote minahcikminah 17-6-2024 09:07 PM
Lawa lawa, best nanti nk try la
Quote Ytee 18-6-2024 07:54 AM
cantiknye

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.075551 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top