Putrri Aishah selamat bergelar isteri kepada Muhammad Firdaus. Pasangan tersebut bernikah di Ballrooms JW Marriot Kuala Lumpur sekitar pukul 11.15 pagi tadi.
Puteri Aishah menerima mas kahwin sebanyak RM300 beserta 5 dulang hantaran daripada pihak lelaki. Sementara pihak perempuan menyerahkan 7 dulang. Wnag hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga. “Alhamdulillah majlis dirancang berjalan lancar selepas beberapa kali ditangguh akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur apabila impian kami untuk melihat perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak tercapai.
"Saya dan suami juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan artis yang lain atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP),"katanya seperti dipetik melalui Kosmo. Aishah kata suaminya memenuhi ciri-ciri lelaki idamannya. “Sepanjang dua tahun mengenali Firdaus, saya menyukai keperibadiannya. Dia seorang yang baik dan mengutamakan keluarga. Dia sangat menyayangi dan meletakkan keluarganya nombor satu. “Malah, dia juga sentiasa menyokong minat saya dalam bidang lakonan. Dia juga sudah bagi ‘lampu hijau’ bahawa saya boleh teruskan kerjaya ini (lakonan) selama mungkin yang saya mahu." Tahniah semoga berbahagia. -CARI
|
Rogue98 replied at 21-11-2021 01:08 PM
eikk...bukan aritu tunang dia ada chinese look ke.....chubby2
dudaberhias replied at 21-11-2021 01:34 PM
eee kaka tu fazreen fazera la... ex si mas khan
Rogue98 replied at 21-11-2021 01:51 PM
Tak kenal yang tu...
Kan masa Puteri Aishah bagi statement .." takper saya buncit janji boyfriend ...
ADVERTISEMENT