Washington – Seorang bekas pekerja Amazon mendedahkan keadaan operasi di syarikat gergasi e-Dagang itu yang disifatkan ‘seperti hamba’, ‘ mengalami tekanan mental’ serta ‘dipaksa untuk tidak pergi ke tandas’ bagi memastikan bungkusan pelanggan dapat tiba tepat pada masanya, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Olivia (bukan nama sebenar) berikrar tidak akan membeli barangan secara online lagi selepas menjalani syif yang memenatkan selama lapan bulan dengan hanya dibayar sebanyak £9.70 (RM 54.56) sejam sebagai pemilih pesanan. Dia menganggap stesen kerjanya sebagai sebuah sangkar berukuran 2.74 meter dan mempunyai komputer yang menunjukkan jumlah bilangan barang yang telah dibungkusnya. Setiap pergerakan pekerja di syarikat itu diperhatikan oleh kamera selain terdapat pemantau yang sering memberi amaran terutamanya sekiranya prestasi mereka menurun. Olivia yang berasal dari Manchester, Britain dan berusia dalam lingkungan 30 tahun itu ditugaskan untuk mencari, mengimbas dan membungkus semula barangan dengan sasaran 360 barangan dibungkus dalam masa satu jam, bersamaan dengan satu barang dalam masa 10 saat. “Ia adalah salah satu pekerjaan paling teruk yang pernah saya lakukan dan saya berasa kasihan kepada semua orang yang bekerja di sana. ‘’Mereka (Amazon) mengharapkan pekerja untuk menjadi seperti robot, sentiasa mengekalkan kelajuan bekerja tanpa berhenti atau memerlukan rehat di tandas. Ia tidak realistik untuk manusia,’’ katanya. Tambah Olivia, dia pernah diberi amaran kerana terlewat satu minit setelah pulang dari makan tengah hari selama 30 minit. Selama dua bulan pertama bekerja, lututnya mula membengkak kerana berdiri sepanjang hari. – CARI Sumber: Kosmo |
KucaiHijau replied at 22-11-2021 02:46 PM
Pekerja gomen yg pemalas & obese gemok2 tu elok dihantar kursus kat sini
ADVERTISEMENT