CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Pergi Sekolah Formal, Tapi 10 Anak Berjaya Masuk Universiti Di Usia 13 Tahun

22-11-2021 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3626| Komen: 20

California – Sepasang suami isteri dari Amerika Syarikat yang tidak menghantar kesemua 10 anak mereka ke sekolah formal berjaya menjadikan mereka bergelar pelajar universiti ketika berusia 13 tahun, lapor akhbar Metro UK.


Kit Harding dan isterinya, Monalisa, bahkan turut mencipta nama sebagai pakar pembelajaran di rumah selepas anak-anak mereka berjaya menamatkan pengajian di peringkat sekolah dan universiti sebelum berusia 18 tahun.

Anak sulung pasangan itu, Hannah, 34, menjadi pakar matematik selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Auburn, Montgomery ketika berusia 17 tahun.

Foto: Metro UK

Kit dan Monalisa turut membesarkan ‘peguam termuda’, iaitu anak keenam mereka, Seth, 20, yang menerima kelayakan menerusi peperiksaan universiti dan profesional pada usia 19 tahun.


Menurut Monalisa, anak-anaknya bukanlah genius, namun menegaskan bahawa kejayaan itu dicapai daripada keberkesanan pembelajaran dari rumah serta usaha keras mereka sendiri.

“Asas pembelajaran di rumah adalah amat berkesan dan sesiapa sahaja boleh melakukannya.

“Apabila anda membesarkan anak-anak dalam persekitaran di mana persekolahan di rumah dan kerja keras adalah normal, apabila mereka membesar, mereka secara semula jadi akan menyesuaikan diri dengan perkara itu,” katanya.

Pasangan itu turut mengembara ke beberapa buah negara untuk berkongsi pengalaman mereka dengan ibu bapa lain. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 22-11-2021 12:09 PM
Hebat culture kat rumah
Quote kucingitam 22-11-2021 12:12 PM
homeschool yang berjaya, ok. boleh je kalau nak homeschool, make sure ada tutor yang bagus la
Quote chazey 22-11-2021 12:14 PM
The wifey tu yenna ka?

Jika yenna, tak hairan. Gen Asia Selatan ini kalau bijak, memang bijak nak mampus.
Quote lattehazelnut 22-11-2021 12:22 PM
Edited by lattehazelnut at 22-11-2021 04:05 PM

mungkin adik beradik ramai, so social skills ok kot..
Tp mcm youtuber or instafemes, rmai gak yg homeschool.. lepas tu mcm pelik sikit perangai..
Alla msian pun rmai je kan, parent perangai pelik, ajar anak.. anak pun ikut jalan mcm ketam..
Quote doubleharmonic 22-11-2021 12:23 PM
sohai tersenyum sinis ke cemana dekk?
Quote mejaputih 22-11-2021 01:27 PM
mesti mak ayah pun otak bagus2 ni, pandai plan masa utk anak2...pastu persekitaran pun sgt condusive utk dorg belajar secara hebat.
Quote awanysss 22-11-2021 01:51 PM
culture kat rumah bagus ni..
plus ada duit sikit sbb nak exposure..
Quote belacan_gurl 22-11-2021 01:53 PM
Mak pak pandai xpe je kalo pembelajaran dlm rumah...nih makpak pun spm cukup2 mkn lagi mau berlagak xmo htr anak gi sekolah...dah besar keja cikai pastu kawin ada anak mula lah memanjang masuk suratkabo minta bantuan
Quote nononcrux 22-11-2021 02:53 PM
lahir dalam baka yg bijak ni la hasilnya.. kelebihan setiap manusia, belajar cincai mcm mana pon ttp bijak
Quote Moyangkucing 22-11-2021 03:06 PM
Yg dok bumi datar tu sure rasa dia pun bakal berjaya cam ni..
Quote ninja9 22-11-2021 04:27 PM
Hebat parenting ... tu jer main reason dia. keluarga bukan kaya pun ..
Quote mbhcsf 22-11-2021 04:31 PM
wow cool, i think ye ke tak genius?
tapi baguslah parents depa...
Quote mawarkhayalan99 22-11-2021 04:53 PM
oemjayy sohai is watching
Quote Thunderclouds 22-11-2021 04:59 PM
Medicine, engineering, architecture, law..fuh ank2 tapau suma. Rasa2 brangan nk didik ank mcm acuan depa leh p beli buku depa the brainy bunch.
Quote stingerpremier 22-11-2021 05:48 PM
mbhcsf replied at 22-11-2021 04:31 PM
wow cool, i think ye ke tak genius?
tapi baguslah parents depa...

Ko ingat senang nak keep up dgn budak budak genius kalau setakat level otak macam ko?

Eerrrr...grrrrr....soleh tak soleh kehulu hilir?

Been there done that...
Quote stingerpremier 22-11-2021 05:52 PM
chazey replied at 22-11-2021 12:14 PM
The wifey tu yenna ka?

Jika yenna, tak hairan. Gen Asia Selatan ini kalau bijak, memang bijak nak m ...

Yg dalam kandungan ko sekarang jaga elok elok.....hari hari letakkhen buku sifir, fiziks kimia atas oerut kot pastuh gosok gosokkheun...moga moga keluar nanti jadi genius jugak...

Tapi kalau memang ikut genes ko...ko gosok komputer atas perut ko pun aku tak rasa menjadi...


Kahkahkahkahkahkah
Quote sarahmirza 22-11-2021 08:37 PM
Moyangkucing replied at 22-11-2021 03:06 PM
Yg dok bumi datar tu sure rasa dia pun bakal berjaya cam ni..


Ko jangan cakap2.... Entah2 3-4 tahun lagi anak dia straight A spm, nak nangis gembira ke apa nnt?

Hahahaha
Quote edayildiz 22-11-2021 08:45 PM
hebatnyaaa...
pernah homeschool kejap tp pastu masuk sekolah balikk sbb x ok
dulu2 plg mls giler nk sekolah..cikgu dtg ngajo kt umah pun mls jgk..i dpt abis bljr sampai degree  jer pun ayah i syukur sgt dh
Quote zjen 22-11-2021 11:51 PM
tak sesuai utk org kampung,   nanti budak keluar lepak dgn matpit dan penagih

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.039551 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top