Pelbagai usaha dilakukan kerajaan bagi membantu rakyat khususnya golongan terjejas dek wabak Covid-19. Pun begitu, inisiatif Wanita Bangkit yang dilaksanakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerima pandangan berbeza di kalangan warga maya. Pengguna Twitter @Mulut_Cabai menerusi ciapannya mendakwa menterinya, Datuk Seri Rina Harun menipu rakyat dengan memperkenalkan Program Bantuan MyKasih Kapital sebagai suntikan modal perniagaan untuk golongan wanita.
Dakwanya, program itu lebih kepada menyusahkan rakyat daripada membantu. "Dah macam nak scam satu negara pulak. Orang tengan susah lagi kau nak tekan mcm MLM. "Ni mesti jap lagi Team Assdok dan Jijan dan Rina mai skodeng Tweet ni dan Follow aku. Haa sila. Korang memang celaka. Aku takkan biar. Korang tunggu.. Haram jadah semua. Orang tengah susah lagi kau tekan hidup, sedut lagi mau," ciapnya marah. Daripada modal maksimum RM1,000, hanya RM500 yang bakal diberikan kepada penerima yang berkelayakan. "Diberitahu anggran dapat dana RM500 tu Mac 2022. Itu pun belum tentu semua dapat. Apa kejadah? Korang dah amik data peribadi semua peserta, claim bagai semua, pastu boleh decide later berapa orang yang dapat. "Bermakna masuk pun belum tentu dapat lagi. Pulak tu disarankan pulak beli BUKU SAMPAH tulisan MALAUN. RM15 sekali pos. 'Tak wajib' katanya. Dengan halus warning sbelum ni buat ramai terpikir, kalau tak beli nanti tak tentu dapat RM500. Pandai kau main kan? Teknik pancing yang sama," ujarnya. Tegasnya, ia jelas menunjukkan berlaku salah guna kuasa kementerian. Justeru, @Mulut_Cabai menggesa Rina segera memberi penjelasan sekiranya segala dakwaannya dianggap satu fitnah. Pendedahannya itu menerima reaksi pelbagai daripada warganet. Bagi yang tidak setuju, mereka mendakwa @Mulut_Cabai bitter dengan kerajaan, khususnya Rina. Bagaimanapun, ramai yang menyokong pendapat @Mulut_Cabai, lebih-lebih lagi apabila saudara dan kenalan mereka sendiri sudah 'terkena'. Pendapat anda, benarkah apa yang didakwa itu atau mereka hanya bitter dan dengki dengan Rina saja? - CARI
|
akies replied at 1-12-2021 12:13 AM
Najib assadok tu pun terlibat sama ke.
Kalau buka radio menyampah dengar tagline momentum internet d ...
Lagubestbest replied at 1-12-2021 12:50 AM
tak tahu lah. yg pasti modul "berniaga" diorang sama je semua. Dari saham ke ape semua sama, yg ora ...
dani-rox replied at 1-12-2021 12:19 AM
Malaysia Bolehland. Menteri sekarang tak segan silu bersekongkol dgn scammer. Bangkai punya betina, ...
TOPwind replied at 1-12-2021 12:41 AM
Kesah benar- nak grant niaga kena ada ofis mesti bumi mesti ada bank akaun mesti itu ini ada track r ...
Lagubestbest replied at 1-12-2021 12:50 AM
tak tahu lah. yg pasti modul "berniaga" diorang sama je semua. Dari saham ke ape semua sama, yg ora ...
ADVERTISEMENT