Melepaskan kerjaya sebagai kakitangan kerajaan iaitu pegawai penjara, pelakon baharu Amirul Asyhwad tidak pernah berasa menyesal atau ralat.
Amirul atau nama sebenarnya Ahmad Amirul Asyhwad Ahmad Nizan, 25, dia membuat keputusan berat itu sejak setahun lalu bagi mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang pelakon. “Jujurnya, pada awalnya saya terima kerjaya sebagai penjawat awam kerana memenuhi permintaan orang tua saya. Amirul bersyukur hasratnya melangkah jauh dalam industri semakin luas.
“Tetapi selepas beberapa tahun berkhidmat, tiada keikhlasan dalam hati saya untuk menggalas tanggungjawab diamanahkan. “Akhirnya, saya membuat keputusan meletakkan jawatan dan mengejar impian menjadi pelakon," ujarnya kepada mStar. Amirul yang muncul sebagai watak sampingan dalam drama Budak Tebing 2 bersyukur kewujudannya mula mencuri perhatian penonton. Biarpun tidak mempunyai banyak babak, namun dia gembira kehadirannya menerima respons positif penonton drama itu. “Ketika ditawarkan peluang ini, saya terus bersetuju menerimanya. “Sebaik membaca skrip, rupanya peranan saya berhubung rapat dengan watak hero," katanya. Sementara itu, Amirul juga bersyukur hasratnya untuk melangkah jauh dalam industri seni semakin luas. -CARI Sumber: mStar Online
|
ADVERTISEMENT