|
“Tak pakai tudung kata tak hormat masjid, pakai tudung kata pancing undi, lebih-lebih la…”
Demikian tegur bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengenai kritikan terhadap Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang mempertahankan tindakan beliau yang memakai tudung ketika berada di sebuah masjid, baru-baru ini. Dalam hantaran terbaharunya di Twitter, Mujahid menambah: “Tak ada pula yang puji masjid buat open day (hari terbuka) untuk semua orang. “Yang jadi isu, Hannah Yeoh pakai tudung, berjela-jela artikel. Tudung pula jadi masalah?”
Semalam, Hannah memberitahu, tindakan menutup kepala di dalam masjid tidak akan mengubah bangsa dan agama beliau sendiri. Menurut beliau, semua pihak perlu mempertahankan dan berjuang untuk Malaysia yang mengamalkan corak pendekatan sederhana dan negara ini bukan untuknya seorang sahaja, tetapi untuk orang lain.
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.193472 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.