CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guna Pisau Pemotong Kek, Pesara Tentera Maut Dipukul Anak Mengamuk

7-12-2021 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1476| Komen: 1

Cyberjaya: Pesara tentera maut dipukul dan dicederakan oleh anak lelakinya di Kampung Jenderam Hulu di Sepang, Rabu minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) berusia 48 tahun memukul dan mencederakan bapanya berusia 73 tahun menggunakan pisau pemotong kek.

"Keterangan awal yang diterima oleh isteri mangsa, mendapati anaknya mengamuk kerana sudah lama tidak memakan ubat yang dibekalkan oleh klinik psikiatrik Hospital Banting kepadanya dan disebabkan itu tingkah lakunya sukar untuk dikawal.


Gambar Hiasan


"Dalam kejadian ini suspek cuba mencederakan saksi (isteri mangsa) namun sempat melarikan diri. Suspek yang masih berada di dalam rumah terus bertindak menyerang mangsa.

"Apabila saksi masuk ke dalam rumah, beliau mendapati mangsa sudah terbaring di lantai dalam keadaan berlumuran darah," katanya dalam sidang media Ops Roda, di Balai Polis Cyberjaya, hari ini.

Wan Kamarul berkata, pihak polis tiba di lokasi kejadian pada 7 malam dan menemui mangsa di ruang tamu dengan kesan calar di bahagian dada, tangan kiri dan kanan, dipercayai selepas dicederakan oleh suspek ketika kejadian berkenaan.

"Mangsa juga menghidap penyakit anemia, sawan dan tidak bergerak aktif kerana sakit tua," katanya.

Dalam pada itu, Wan Kamarul berkata, suspek juga sudah ditahan pada 1 Disember lalu dan kini sedang menjalani tahanan reman sehingga esok.

"Polis juga berjaya menjumpai senjata yang digunakan oleh suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh," katanya.

Dalam perkembangan lain, Wan Kamarul berkata, Ops Roda selama empat hari bermula hari ini membabitkan 64 anggota di sembilan lokasi sekitar Cyberjaya.

Ops berkenaan diadakan bagi mengawal pergerakan keluar masuk serta membendung kejadian jenayah di kawasan berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 7-12-2021 11:06 AM
"Keterangan awal yang diterima oleh isteri mangsa, mendapati anaknya mengamuk kerana sudah lama tidak memakan ubat yang dibekalkan oleh klinik psikiatrik Hospital Banting kepadanya dan disebabkan itu tingkah lakunya sukar untuk dikawal.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.290796 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top