Atas alasan kesihatan dan kebenaran pakar perubatan, pelakon Amerul Affendi dibenarkan menangguhkan suntikan dos kedua vaksin Covid-19.
Pemilik nama sebenar Mohd. Amerul Affendi Mohd Mawardi, 35, itu berkata, dia sebenarnya mempunyai masalah ekzema dan asma sejak kecil. Bagaimanapun penyakit yang pulih sewaktu usianya remaja itu kembali menjadi semakin kronik ketika ini. “Mungkin saya antara penerima vaksin yang tidak bernasib baik kerana penyakit lama iaitu masalah asma serta timbul ruam di serata badan datang selepas ambil dos pertama pada Julai lalu.
“Memang masa kecil saya mempunyai masalah ini tetapi sekitar umur 14 tahun kedua-dua gejala ini tidak lagi muncul sampailah beberapa bulan lalu. “Selain lelah, saya perasan tidak lagi boleh mengambil makanan laut yang mengakibatkan keadaan ekzema saya bertambah teruk sedangkan sebelum ini tiada masalah langsung. “Buat masa ini saya masih bawah pemantauan pakar memandangkan ini kes terpencil sebelum saya dibenarkan mengambil dos kedua atau perlu tukar vaksin lain,” katanya ketika sesi wawancara drama bersiri Jangan Ganggu Jodohku, baru-baru ini.
|
stingerGV replied at 7-12-2021 01:47 PM
Vaksin yg tidak mustahil berperanan sebagai catalyst...a triggering mechanism yg mencanakkhen kemba ...
musangbodoh replied at 7-12-2021 02:09 PM
yes...cancer boleh dari stage 1 tros naik ke stage 4
stingerGV replied at 7-12-2021 02:13 PM
Dah nak masuk 3 tahun isu vaksin ini...the side effects that it causes hanya tertakluk pada demam ...
musangbodoh replied at 7-12-2021 02:17 PM
dorang lama dh rancang kita je lalai....hahahhahaha amik obatttttt....
jas7512: Kes dia sama mcm i..doctor x b ...
Normabaru replied at 7-12-2021 02:56 PM
Kasihannya awk dik..semoga CPT sembuh..kaka alhmdlh..masing2 org sekeliling kaka xmarah pon..rilek ...
Suchi replied at 7-12-2021 05:05 PM
Shopping mall semua boleh masuk laa asalkan tak merah my sejahtera tu bukan tgh kuarantin ke apa.
...
Suchi replied at 7-12-2021 05:05 PM
Shopping mall semua boleh masuk laa asalkan tak merah my sejahtera tu bukan tgh kuarantin ke apa.
...
Normabaru replied at 7-12-2021 02:56 PM
Kasihannya awk dik..semoga CPT sembuh..kaka alhmdlh..masing2 org sekeliling kaka xmarah pon..rilek ...
jas7512 replied at 7-12-2021 05:17 PM
Thanks kak @Normabaru .moga kak pun sihat sentiasa....bestnya blh chillax2...xpe lah.. ...
ADVERTISEMENT