Oleh : Dean Bz Sumber foto : kayumaniskorner563.blogspot.com Apabila tiba saja bulan puasa, buah kurma pasti menjadi pilihan umat Islam untuk dijadikan juadah ketika berbuka. Selain penuh dengan pelbagai khasiat, kurma juga merupakan makanan sunnah Nabi Muhammad SAW. Rasulullah sentiasa memulakan berbuka puasa dengan menjamah buah kurma terlebih dahulu. "Sesungguhnya pada kurma Aliyah terdapat penawar penyakit." (HR Muslim dan Ahmad) Buah kurma masih banyak dirumah? Jom cuba buat kurma goreng cheese ini pula kerana ia sangat rangup dan sedap dimakan begitu saja. Sesekali cuba resepi baru tak rugi, mana tahu kena dengan selera tekak kita kan? Boleh rujuk resepi kurma dibawah ini jika anda ingin mencuba sendiri : BUAH KURMA GORENG 10-15 biji buah kurma- dipotong 2 dan buang biji keju parut secukupnya Bahan goreng: 1 1/2 senduk tepung gandum (senduk nasi) 2 sudu makan tepung beras 1 sudu makan margerine 1 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil serbuk kunyit air secukupnya minyak secukupnya untuk menggoreng Caranya: Kurma yang dipotong dua disumbat sedikit dengan keju parut dan ketepikan. Bancuh adunan tepung. Bancuh cair agak2 untuk menggoreng pisang. Celupkan kurma tadi ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga garing kekuningan. Sumber resepi
|
21
Bagus |
29
Marah |
21
Terkejut |
34
Sedih |
26
Lawak |
34
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT