Tular sebuah video di media sosial menunjukkan tugas dua anggota polis tidak disenangi seorang penduduk di sebuah taman perumahan.
Menerusi klip video itu, dua anggota dari Unit Rondaan Bermotor (URB) sedang melakukan rondaan di sebuah taman perumahan, namun mereka dimaki seorang lelaki. Kelihatan lelaki tersebut tidak senang dengan kehadiran anggota terbabit dan menghalau pasukan keselamatan itu. “Ini nak cari siapa ni, nak cari aku ke nak cari orang lain, keluar,” jelas lelaki tersebut.
Sementara itu, orang ramai yang menyaksikan klip video tersebut rata-rata marah dengan tindangan lelaki itu. “Ini tak pasal-pasal maki anggota ni apa masalahnya. Orang nak jaga kita dia pula yang marah. Tekanan jiwa betul la. “Ini mesti ada masalah dengan isteri ni tak pun ada masalah pejabat. Abang polis pun dimakinya. Betul-betul berani. “Nasib abang polis tu ‘cool’ je. Tahniah anggota URB dan terima kasih kerana menjaga keamanan negara selama ini,” antara komen warga maya. Sumber: K! ONLINE
|
ADVERTISEMENT