Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal berkongsi berita gembira apabila memaklumkam kanser limfoma yang dihidapi kini hilang.
Berita tersebut dikongsikan Elyana menerusi satu perkongsian di Instagram, pagi ini. Menurut penyanyi Kalis Rindu itu, perjuangan serta penantiannya selama 11 tahun berjuang melawan penyakit akhirnya berhasil. “Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram.Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua.
“Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil! Kanser saya hilang!” tulisnya.
Elyana pada masa sama turut bersyukur kerana doa dimakbulkan Yang Maha Esa. “Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih Ya Allah, Kau telah mendengar doa kami. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya. “Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat. I love u Ya Allah…,” tulisnya.
Perkongsian terkininya itu menjadi berita menggembirakan buat para peminatnya dan rata-rata turut mengucapkan alhamdulillah atas perkembangan positif itu. Terdahulu, Elyana membuat pendedahan menghidap kenser Limfoma tahap empat pada 2017.
Elyana dan suaminya, Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 2010 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Cinta Sumayyah, 10, dan seorang anak angkat, Cahaya Ramadani yang kini berusia 2 tahun. -CARI Sumber: Media Hiburan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|