Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi amaran kepada mereka yang bergaji kecil dan gred rendah tapi mampu hidup serba mewah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mendakwa ia petanda besar dan kemungkinan mereka mengambil dan menerima rasuah.“Mereka boleh disyaki dan saya boleh arahkan pegawai untuk menyiasat mereka. Bagaimana mereka boleh pakai kereta mewah dan rumah besar sedangkan hanya bergaji kecil? Ada kemungkinan mereka menggunakan kuasa yang ada untuk menerima rasuah. “Kami pernah menyiasat satu kes yang mana penjawat awam Gred 32 tetapi mampu beli kereta dan rumah mewah secara tunai,” katanya pada sesi temubual Santai Oghok Potang menerusi saluran radio, Negerifm, semalam.
Justeru, Azam mengingatkan ketua jabatan di kementerian, jabatan dan agensi kerajaan supaya memantau kakitangan yang hidup mewah biarpun mempunyai tahap keberhutangan yang tinggi. Sumber: K! ONLINE
|
jas7512 replied at 8-12-2021 12:09 PM
Penjawat awam kan kn isytiharkan harta every 5 yrs so katalah yg kaya raya sbb pusaka blh je bg tahu ...
ADVERTISEMENT