Seorang pengguna Twitter mengecam netizen di Facebook yang memberikan komen negatif tentang graduan berniaga seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia.
Kenyataan lelaki tersebut yang mengatakan graduan universiti hanya layak berniaga kek dan kopi saja menganggap ianya adalah sesuatu yang tidak baik pada pandangannya. Disebabkan komen itu, pengguna Twitter tersebut meluahkan pendapatnya bahawa sesetengah generasi terdahulu telah sebati dengan persepsi bahawa selepas keluar dari universiti perlu kerja dengan kerajaan atau menjawat jawatan tertentu.
Realiti hari ini, tidak semestinya kita perlu bekerja dalam bidang yang sama dengan apa yang dipelajari. Artikel di Utusan Malaysia mendedahkan seorang graduan UiTM dalam jurusan akaun, Nur Syuhada telah berjaya menceburi bidang perniagaan dengan membuka kedai kopi dan kek di Rembau Sentral. Gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang dipohon menjadi punca dia nekad untuk berniaga dan mempunyai kedai sendiri dengan duit modal yang ada. Bersetuju dengan luahan pengguna Twitter tersebut, berniaga juga memerlukan ilmu dan tahap pendidikan seseorang itulah yang menjadi penentu masa depan perniagaannya. Netizen juga turut menghentam komen negatif yang diberikan lelaki di Facebook itu dan harap ada kesedaran. Lagi banyak orang berniaga lagi bagus. Tidaklah ada pihak cuba memonopoli pasaran. Pelanggan juga untung sebab ada banyak pilihan. - CARI
|
doubleharmonic replied at 9-12-2021 09:24 AM
macam tak lalu jah nak telan kopi dengan kek tu yachh. tengok gambar pon dah kembang tekak boleh ras ...
Normabaru replied at 8-12-2021 08:41 PM
kaka baca xbunyi sarkastik pon..dh btol la ko bukak kedai kek dgn jual kopi..kaka sendri dulu pnh ad ...
ADVERTISEMENT