Arab Saudi dihujani kecaman daripada warga Twitter susulan arahan Kementerian Hal Ehwal Agama negara itu yang mahu khutbah Jumaat minggu ini memberi amaran terhadap jemaah Tabligh.
Sedangkan, dalam masa sama Arab Saudi dengan penuh rasa bangga menganjurkan konsert Justin Bieber di Formula 1 Grand Prix, bandar Laut Merah, Jeddah, Ahad lalu. Acara itu dilaporkan dihadiri seramai 70,000 penonton sekali gus merekodkan sebagai kehadiran tertinggi dalam sejarah penganjuran konsert di Arab Saudi. Konsert yang diadakan pada waktu malam itu menerima kecaman daripada aktivis hak asasi manusia yang menggesa Bieber membatalkan persembahannya.
Sebelum ini, Human Rights Watch menyeru selebriti itu memboikot kerajaan Arab Saudi kerana terpalit dengan banyak rekod isu hak asasi manusia. Bagaimanapun, konsert tersebut tetap berjalan seperti biasa dan isteri penyanyi terkenal itu, Hailey Baldwin Bieber turut memuat naik video persembahan suaminya dalam Instagram. Sedangkan beberapa tahun lalu, sebarang penganjuran konsert adalah diharamkan di Arab Saudi serta golongan lelaki dan wanita yang belum berkahwin perlu diasingkan di ruang awam. Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman dilihat berada di sebalik perubahan besar tersebut ketika beliau berusaha memodenkan masyarakat, menarik pelaburan asing dan mewujudkan pekerjaan untuk golongan belia. Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Abul Maali memuat naik hantaran yang menzahirkan kekecewaan kerana khutbah Jumaat di seluruh Arab Saudi bukan lagi memberi peringatan tentang konsert ataupun percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram, tetapi hanya memfokuskan tentang Jemaah Tabligh. “Besar kemungkinan kerana mereka adalah kumpulan yang menyebarkan dakwah mengenai bentuk hiburan yang haram di tanah orang Islam,” tulisnya. Sumber: Utusan
|
sekngucing replied at 9-12-2021 12:01 AM
Tabligh ni amalan kaum.india muslim..arba mnaa ada tabligh
ADVERTISEMENT