Murni betul niat usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli yang mahu membantu seorang wanita hamil dan sanggup membela anaknya. Iqbal yang juga bekas pembantu peribadi jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) meluahkan hasratnya itu menerusi Instastory selepas beberapa kali terlihat gambar dan video wanita berkenaan yang mahu melahirkan, namun bapa kepada kandungannya itu menghilang. "Jika sesiapa kenal, mohon memperkenalkan ya. Saya sanggup bela anaknya. Juga serius untuk berkenalan dengan wanita cantik ini," ujarnya. Dalam hantaran seterusnya meluahkan hasrat mengambil anak angkat dengan memuat naik gambar bersama kanak-kanak berserta kapsyen 'sunyi dan sepi'. Tapi seriuslah Iqbal tidak mengenali 'wanita' yang sarat hamil itu? Itukan selebriti sensasi Indonesia, Lucinta Luna yang sekejap menjadi lelaki, sekejap berubah jadi perempuan. Apa pula dakwaannya selepas ini apabila mengetahui status jantina sebenar 'wanita cantik' itu? Mesti DSV mengekek sampai menangis gelakkan Iqbal kan? - CARI
|
sukacactus: Dak qebal ni serupa lembam pun ...
ADVERTISEMENT