Oleh Adib Za Meskipun kelibatnya telah lama hilang dari radar dunia seni tanah air, namun nama dan auranya masih kekal terpahat rapi di hati peminat.
Begitulah impak yang diberikan oleh pelakon, Nancie Foo yang terkenal melalui filem "Main-Main Hantu" lebih 20 tahun yang lalu. Selepas menyepi begitu lama, bekas Ratu Cantik Malaysia 1979 ini mengambil keputusan untuk tampil semula di layar perak dan kaca TV. Dan berita ini pastinya mengubat kerinduan para peminatnya. Memetik laporan Sinar Harian, Nancie berkata keputusan ini bertitik tolak lantaran ramai yang bertanya dan merindui lakonannya. “Ketika saya mengikuti sukarelawan misi banjir di Kelantan yang mengalami banjir besar hujung tahun lalu, ada antara kakak-kakak dan makcik-makcik di tempat dikunjungi nyata merindui lakonan saya.
“Daripada situ, saya sedar yang masih ada peminat yang sayangkan saya untuk berlakon semula, oleh itu kini saya sedang dalam penggambaran drama musim terbaru Gerak Khas terbitan Skop Production,” katanya menerusi portal tersebut. Begitulah apabila seseorang itu memberikan yang terbaik dalam profesionnya. Ke mana jua pergi, wajah dan lakonannya tidak pernah dilupakan, tidak mengira berapa lama pun dia 'menghilangkan' diri. Luar biasa! - CARI Infonet |
16
Bagus |
23
Marah |
35
Terkejut |
21
Sedih |
18
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 23-6-2015 12:27 PM
cerita dulu-dulu memang best..
teringat cerita baginda..
part jalil hamid makan magi..
prettyuglybabe replied at 23-6-2015 12:27 PM
cerita dulu-dulu memang best..
teringat cerita baginda..
part jalil hamid makan magi..
ADVERTISEMENT