Bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana atau nama sebenarnya Rihana Oksana Gorbatenko berkongsi kisah perjalanan hidupnya di akaun Instagram semalam(Selasa). Perkongsian mengenai kehidupan peribadi model ini telah menarik perhatian orang ramai di media sosial.
Rihana,29 yang kini berhijrah ke London, berkongsi serba sedikit perjalanan hidup dirinya yang sering berpindah-randah sewaktu berusia 17 tahun hinggal kini menetap di kota raya tersebut bersama anak lelakinya. Menurut bekas ratu cantik ini, meski berpindah ditempat yang baru, dirinya yakin segalanya akan berjalan dengan lancar. Malah Rihana sendiri beranggapan dirinya tidak takut dengan perubahan dan akan bergerak kehadapan demi mencapai impian. “Kehidupan baru lagi. Ini kali ketiga saya berpindah dan mulakan hidup baru saya pada 29 tahun.. "Perpindahan pertama saya di Moscow semasa saya berusia 17 tahun, ketika saya masuk universiti. Kemudian pada usia 24 saya pindah ke Malaysia. Dan sekarang 5 tahun kemudian, saya kemas bagasi saya sekali lagi, bawa Leon bersama saya dan mulakan hidup baru. "Kali ini saya fokus eksklusif pada anak saya. Semenjak saya lahirkan dia seorang diri dan besarkan dia seorang diri, jadi segala-galanya mesti dilakukan untuk masa depan dia kerana tiada siapa selain saya yang akan lakukannya.
|
musangbodoh replied at 9-12-2021 12:23 PM
kwn tu x syg ke anak laki dia tggl ngan ex
ADVERTISEMENT