Dia buat lagi! Selepas dua lelaki berlakon menjadi orang kurang upaya (OKU) demi mendapatkan ruang parkir, dua penunggang basikal wanita pula mempersendakan golongan itu.
Ras Adiba sekali lagi meluahkan kemarahannya terhadap pihak yang tidak sensitif dan biadab mempersendakan komuniti OKU. Menerusi Instagramnya, Ras menegaskan bahawa dirinya pantang pabila golongan OKU dipersendakan. Dalam sidang media yang baru saja diadakan, Ras mewakili komuniti OKU dan semua penjaga serta yang terbabit merawat mereka menyuarakan rasa hampa dan sedih apabila akhlak dan adab seperti sudah hilang di kalangan segelintir masyarakat. "Saya sebenarnya sedih kerana ini membuka kembali luka-luka kami sebagai OKU dan keadaan sedia kami dan apa yang kami harungi sebenarnya saban hari," katanya.
|
pinksarah replied at 9-12-2021 05:31 PM
nampak gaya mcm pakai hijab dedua..tgk serkup kepala dlm helmet tu..
tak sangka perangai mcm ni..
ADVERTISEMENT